Pernahkah anda terfikir untuk berinteraksi atau menggunakan komputer tanpa menggunakan langsung peralatan keyboard & mouse? Percaya ataupun tidak, revolusi & perkembangan teknologi IT kini telah membolehkan situasi tersebut berlaku.
Tahun 2010, sekali lagi syarikat gergasi perkomputeran Apple Inc telah menggemparkan dunia dengan pengenalan produk terbarunya iaitu Apple iPad dan dikatakan bakal membawakan trend & persekitaran baru dalam cara kita berkomputer. iPad merupakan produk pc tablet yg julung dihasilkan dalam kelasnya tersendiri dan berjaya terjual sebanyak 300,000 unit hanya pada hari pertama dipasarkan di US. Ini sekaligus membuka mata kepada pengeluar dan pemain komputer utama dunia seperti Microsoft, Google, HP, Dell, Asus, Acer dan sebagainya dalam penghasilan produk PC Tablet di pasaran komputer di masa akan datang.
PC Tablet berfungsi sama seperti desktop PC atau notebook, cuma ia tidak mempunyai keyboard kerana interaksi pengguna bergantung sepenuhnya pada paparan skrin sesentuhnya (Multi-Touch screen) yang berukuruan secara puratanya 7" (lebar) dan 9" (panjang). Namun spesifikasinya telah dikurangkan sepadan dengan design dan bentuknya. Ia tidak beroperasi di atas platform OS yang sama seperti PC desktop & Notebook disebabkan "performance"nya yang agak minimum. Namun dalam penghasilan PC Tablet di masa akan datang, ia akan diperkuasakan dengan OS Google Android dan Windows 7 (kini giat dalam pembangunan khas untuk platform tablet). Ini akan memudahkan kita untuk melayari internet, menonton cerita atau video YouTube, cek email, melihat koleksi album gambar, membaca e-book, bermain game dan sebagainya hanya dalam keadaan duduk, baring ataupun ikut keselesaan diri anda semua.
0 comments:
Post a Comment