PENYANYI antarabangsa, Anggun tidak malu untuk mengakui telah
menyanyi secara 'miming' iaitu sekadar menggerakkan mulut mengikut
rentak lagu semasa persembahannya di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Anggun yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Shine dan Stronger membuat pengakuan itu secara terbuka apabila perbuatan tersebut dapat diketahui oleh penonton.
"Ya tadi memang saya tidak menyanyi 'live'," ujarnya terbuka.
Anggun yang mempertahankan tindakannya itu berkata, perkara tersebut
bukan sesuatu yang pelik kerana ramai penyanyi antarabangsa lain turut
berbuat demikian.
"Mengapa perlu hairan sebab banyak penyanyi seperti Celine Dion,
Britney Spears dan Madonna juga kadang-kadang tidak menyanyi secara
'live'," katanya.
0 comments:
Post a Comment