Cup Cake "Handbag"
SELEPAS berminggu-minggu `shopping' di alam maya, akhirnya sayahaaaaaapppy
sangat sebab hajat untuk ber'Chanel', termakbul juga. Pada mulanya saya
bercadang nak ambil `Chanel Reporter's Bag' sahaja, tapi rasa rambang
mata pula bila tenguk Chanel 2.55 dan Lady Dior. Alia pula syorkan saya copycat
Hermes Birkin saja. Itu yang paling class! Tapi, sebab saya ni memang
teruja sangat dengan Mademoseille Coco Chanel yang sangat genius tu (and
masa kat majalah Jelita dulu selalu terima hadiah berkotak-kotak
barangan Chanel -- jadi, tak mungkin cinta ini beraleh kat yang lain.
Lalu, pada penghujung pencarian, saya putuskan untuk mengabadikan handbag Chanel
yang anggun menawan ini untuk kek perkahwinan yang ditempah Siti Haidah
untuk anak saudaranya yang bernikah pagi tadi (Sabtu 30 Mei 2009).
Kata Siti tunang (dan sekarang isteri) anak
saudaranya tu memang sukaaaaaa sangat beg tangan. Kalau terpaksa
memilih antara kasut dan handbag, dia akan sambar handbag dulu.
"Jadi ini adalah surprise untuk si pengantin perempuanlah ni." "...and
ngan tidak-tidak ya Jun, Mesti buat kek handbeg tu juga. Aku nak ikut
rombongan pengantin lelaki ke Kuala Lipis." "Ko nak handbag cap apa?"
"Apa-apalah...asalkan beg. Tema warna krim & putih.
Decoration....terpulang kat kau." 'Macam orang mengantuk disorongkan
bantal (especially bantal bulu burung dari Ikea)', maka saya
pun dengan senang hati segera memahatkan tempahan Siti itu kat dada
kalendar saya (sejak sebulan lalu). Bagi menyempurnakan misi kali ni,
saya buat homework sikit. Maklumlah cake handbag chanel ni tak sama
dengan yang saya bagi kat kawan saya, Lynette (Editor-in-Chief CLEO).
Beg merah jambu ilham Botegga memang senang. Tapi kalau hendak dijadikan
hantaran perkahwinan, saya lebih suka bentuk yang klasik -- less is more. Tak boleh pilih warna terang dengan rekaan dan perhiasan yang gawdy.Jadi, saya pilih Chanel -- lambang kesempurnaa seorang wanita. :-)
Bagi menyiapkan kek ini saja, saya sediakan
kek seberat dua kilo dan fondant saja dekat tiga kilo. Tangkainya saya
siapkan lebih awal. Tapi, paling saya suka ialah menyiapkan kepala zip
ni. Ralit. Selepas benar-benar kering, saya sapu edible gold dust pulak
untuk dapatkan effect keemasan. Semuanya dari fondant tau -- boleh
digigit dan dikunyah-kunyah. Sedap!
Saya rasa part paling
susah ialah membuat garisan pada beg ni bagi menonjolkan effect quilt
sebab fondant cepat kering jadi kalau ditekan terlalu kuat boleh
menyebabkan rekahan halus. Memang saya tak berkenan kalau permukaan
fondant tercela. Bagi menaikkan aroma fondant, saya tambah perisa
orange....emh! memang serasi sangat apabila digandingkan dengan kek
coklat lembap. Yummy sungguh. Bagi memudahkan kerja dekorasi di masa
depan, saya buat banyak nota kecil. .
Kalau ditanya perasaan saya sekarang....mestilah happy.
Tak dapat beg tangan Chanel yang sebenar, berpeluang merias kek bentuk
kembaran begini pun saya dah puas hati. Teringat kata-kata Siti malam
semalam semasa mengambil kek ini...."silap-silap haribulan, pengantin
tak tergamak nak potong kek ni Jun."
"Takpa, potong ke, tak potong ke, janji dia dah dapat hantaran handbag."
Senangkan? Dua dalam satu -- handbag dapat, kek pun dapat. Barulahhappening orang Lipis! Yay!
0 comments:
Post a Comment