Monday, June 25, 2012

Ia semakin hampir untuk Victor



Moses mahu keluar dari Wigan.

VICTOR MOSES menjadi subjek pertelingkahan mulut ketika beliau semakin hampir berpindah ke Chelsea.
 
Pengerusi Wigan, Dave Whelan menegaskan penyerang berusia 21 tahun itu banyak berhutang dengan the Latics untuk perkembangannya sejak 2½  tahun yang lalu.
 
Namun ejen Moses, Tony Finnigan membalas kembali dengan mengatakan kelab seharusnya bersyukur kerana bintang Nigeria itu menolak menyertai Manchester City dan memilih mereka ada Januari 2010.
 
Chelsea melihat tawaran £3 juta awal minggu lepas ditertawakan kerana Wigan meletakkan nilainya tiga kali ganda dari angka tersebut.
 
Whelan rasa kecewa dengan Moses, yang ada baki setahun dalam kontrak semasanya, kerana pemain itu enggan menandatangani kontrak baru.
 
Latics telah menawarkan Moses kenaikan gaji dua kali ganda kepada sekitar £40,000 seminggu jika beliau kekal.
 
Whelan berkata: “Kami mengambil pemain ini sebagai pemain muda dan segala yang dimilikinya hasil dari Roberto Martinez dan Wigan Athletic.”
 
Finnigan membalas: “Apa yang akan saya katakan ialah: Bagaimana Vic akhirnya berada di Wigan, sedangkan dia boleh menyertai Manchester City? Siapa yang membawanya ke Wigan?”

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL BUSUK