MODUL LATIHAN TAJUK FOKUS
TEMA 8 (BAB 3 – BAB 8 TINGKATAN 5)
|
BAB
|
TAJUK / SOALAN
|
3
|
TAJUK : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
|
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah maksud realpolitik
[1 markah]
(b) Berikan dua amalan realpolitik yang dilakukan oleh Otto Eduard von Bismarck untuk membina negara bangsa Jerman.
[2 markah]
(c) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Camillo Benso de Cavour untuk menyatukan negara bangsa Itali.
[2 markah]
(d) Apakah hujah yang boleh anda kemukakan untuk membuktikan bahawa pembinaan negara Islam Madinah bukan berasaskan amalan realpolitik ?
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah pembinaan negara Malaysia dianggap unik ?
[3 markah]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan usaha yang dilakukan oleh Count Camillo Benso de Cavour untuk menyatukan negara bangsa Itali.
[8 markah]
(b) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah bukti yang menunjukkan bahawa pembinaan negara Islam Madinah tidak berasaskan amalan realpolitik ?
[6 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah keunikan yang terdapat dalam pembinaan negara Malaysia ?
[6 markah]
| |
3
|
TAJUK : WARISAN NEGERI MELAYU
|
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah syarat yang membolehkan seseorang itu ditabalkan menjadi Terengganu ?
[2 markah]
(b) Nyatakan bidang kuasa Sultan Terengganu.
[2 markah]
(c) Berikan dua ciri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.
[2 markah]
(d) Apakah syarat untuk menjadi Jemaah Menteri Johor ?
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tugas menteri ?
[3 markah]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan persamaan kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu.
[8 markah]
(b) Jelaskan Sistem Jemaah Menteri yang dibentuk oleh Sultan Muhammad II di Kelantan.
[6 markah]
(c) Berdasarkan kajian anda, mengapakah sistem pentadbiran Negeri Sembilan yang berasaskan Adat Perpatih mempunyai ciri amalan demokrasi ?
[6 markah]
| |
5
|
PAKATAN MURNI
|
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah maksud pakatan murni ?
[2 markah]
(b) Berikan dua kaum yang menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK) di Tanah Melayu.
[2 markah]
(c) Nyatakan persetujuan yang dicapai melalui rundingan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK) dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
[2 markah]
(d) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) ?
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, mengapakah pakatan murni diwujudkan di negara kita ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan langkah yang diusahakan untuk mewujudkan pakatan murni antara kaum sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.
[8 markah]
(b) Jelaskan kejayaan yang dicapai hasil daripada pakatan murni antara kaum sehingga negara kita mencapai kemerdekaan.
[6 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah yang mungkin terjadi jika masyarakat di negara kita mengabaikan prinsip pakatan murni ?
[6 markah]
| |
5
|
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
|
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Reid pada bulan Mac 1956 ?
[2 markah]
(b) Senaraikan anggota Suruhanjaya Reid.
[2 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah isu yang diberi perhatian utama oleh Suruhanjaya Reid semasa melaksanakan tugasnya.
[2 markah]
(d) Berikan dua isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, apakah kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan langkah yang dilaksanakan untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[2 markah]
(b) Nyatakan isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[2 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 begitu penting terhadap pembinaan negara dan bangsa ?
[2 markah]
| |
6
|
CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963
|
SOALAN STRUKTUR
(a) Siapakah tokoh yang mengemukakan idea pembentukan Malaysia sebagaimana berikut ?
Menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
[1 markah]
(b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Tunku Abdul Rahman menerima cadangan di atas ?
[2 markah]
(c) Apakah faktor yang menyebabkan Lee Kuan Yew begitu berhasrat menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu ?
[2 markah]
(d) Daripada kajian anda, apakah faedah dari segi ekonomi yang boleh dinikmati hasil daripada pembentukan Malaysia.
[3 markah]
(e) Pada pendapat anda, mengapakah Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai persekutuan Malaysia ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan faktor yang membawa kepada pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
[10 markah]
(b) Nyatakan reaksi Indonesia terhadap pembentukan Malaysia.
[5 markah]
(c) Sebagai seorang pemimpin negara Malaysia pada ketika itu, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk menyelesaikan penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia ?
[5 markah]
| |
6
|
LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963
|
SOALAN STRUKTUR
(a) Namakan tokoh yang dipilih menganggotai Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
[2 markah]
(b) Apakah tugas Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ?
[2 markah]
(c) Mengapakah Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan ?
[2 markah]
(d) Pada pendapat anda, mengapakah majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai persekutuan Malaysia ?
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah nilai moral yang boleh dipelajari daripada peristiwa pembentukan Malaysia ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Apakah reaksi penduduk Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia pada tahun 1963 ?
[2 markah]
(a) Huraikan langkah yang diusahakan untuk mendapatkan sokongan penduduk Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia.
[2 markah]
(c) Berdasarkan kajian yang anda buat, apakah faedah yang boleh dinikmati jika negeri Sarawak dan Sabah menyertai persekutuan Malaysia ?
[2 markah]
| |
7
|
KUASA PEMERINTAHAN DI MALAYSIA
|
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah yang anda faham tentang badan perundangan di Malaysia ?
[2 markah]
(b) Berikan dua ciri Dewan Negara.
[2 markah]
(c) Nyatakan syarat menjadi ahli Dewan Negara.
[2 markah]
(d) Apakah fungsi Dewan Rakyat ?
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, apakah kriteria yang diperlukan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat yang baik ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Jelaskan perbezaan antara Dewan Negara dengan Dewan Rakyat.
[6 markah]
(b) Terangkan proses menggubal dan meluluskan undang- undang di Parlimen Malaysia.
[8 markah]
(c) Sekiranya anda seorang ahli Dewan Rakyat, apakah perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam membahaskan sesuatu rang undang-undang ?
[6 markah]
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Jemaah Menteri ?
[2 markah]
(b) Apakah tugas sesebuah kementerian di negara kita ?
[2 markah]
(c) Nyatakan ciri badan berkanun.
[2 markah]
(d) Berikan dua suruhanjaya perkhidmatan yang terdapat di Malaysia.
[2 markah]
(e) Nyatakan peranan sesebuah suruhanjaya perkhidmatan ?
[2 markah]
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah bidang kuasa badan kehakiman di Malaysia.
[2 markah]
(b) Nyatakan mahkamah yang terdapat dalam hirarki mahkamah berikut :
i. Mahkamah Rendah
ii. Mahkamah Atasan
[2 markah]
(c) Nyatakan kedudukan seseorang hakim dalam sistem kehakiman di negara kita ?
[2 markah]
(d) Apakah tugas Peguam Negara ?
[2 markah]
(e) Sekiranya anda seorang hakim, apakah prinsip yang menjadi pegangan anda untuk menjadi hakim yang berkaliber ?
[2 markah]
| |
7
|
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
|
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah maksud pilihan raya ?
[2 markah]
(b) Nyatakan keadaan yang membolehkan pilihan raya kecil diadakan.
[2 markah]
(c) Berikan dua tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ?
[2 markah]
(d) Apakah syarat yang perlu dipatuhi untuk membolehkan anda menjadi calon bertanding dalam pilihan raya ?
[2 markah]
(e) Nyatakan kelayakan untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya.
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Jelaskan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Malaysia.
[6 markah]
(b) Terangkan proses pilihan raya di negara kita.
[8 markah]
(c) Berikan cadangan anda, apakah langkah yang perlu dilaksanakan untuk mewujudkan pilihan raya yang bersih di negara kita ?
[6 markah]
| |
8
|
DASAR PERPADUAN DI MALAYSIA
|
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah peranan Bahasa Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ?
[2 markah]
(b) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah langkah yang dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
[2 markah]
(c) Mengapakah kerajaan melancarkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ?
[2 markah]
(d) Berikan dua ciri Kebudayaan Kebangsaan.
[2 markah]
(e) Pada pendapat anda, mengapakah sukan boleh berperanan mewujudkan perpaduan di negara kita ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan langkah yang dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
[8 markah]
(b) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah rasionalnya kerajaan melancarkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ?
[6 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah sukan dapat memupuk perpaduan di negara kita ?
[6 markah]
| |
8
|
WAWASAN 2020
|
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Wawasan 2020 ?
[2 markah]
(b) Nyatakan cabaran yang perlu diatasi untuk mencapai Wawasan 2020.
[2 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah ciri masyarakat demokratik yang matang di negara kita menjelang tahun 2020 ?
[2 markah]
(d) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah masyarakat di atas dapat dicapai ?
[2 markah]
(e) Sebagai seorang pelajar, apakah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk mencapai Wawasan 2020 ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a) Terangkan strategi yang perlu dilaksanakan untuk mengatasi sembilan cabaran Wawasan 2020.
[8 markah]
(b) Pada pendapat anda, mengapakah negara kita berusaha mencapai matlamat Wawasan 2020 ?
[6 markah]
(c) Apakah ciri masyarakat Malaysia yang menjadi impian anda sekiranya sembilan cabaran Wawasan 2020 berjaya diatasi ?
[6 markah]
|
0 comments:
Post a Comment