Gambar Hiasan
WALAUPUN tahap kesedaran pengguna Internet berkaitan ancaman virus di Malaysia tinggi namun masih terdapat segelintir masyarakat yang mempercayai bulat-bulat kandungan e-mel diterima.
Ia diakui Ketua Privasi dan Keselamatan Serantau Asia Pasifik Microsoft, Jacqueline Peterson-Jarvis yang memaklumkan kes membabitkan e-mel palsu masih menghantui masyarakat negara ini.
"Menurut Laporan Risikan Keselamatan Microsoft Edisi Kelapan (SIRv8), ancaman membabitkan malware yang disebarkan melalui e-mel adalah jenayah siber utama di negara ini.
"Pada separuh kedua 2009, kadar serangan malware agak rendah berbanding purata dunia namun ia melonjak berbanding separuh pertama 2009," kata Peterson-Jarvis.
Malware adalah salah satu program virus yang direka untuk memasuki sistem komputer dan mendedahkannya kepada risiko keselamatan digital melalui kod tertentu.
"Jenayah siber masih serius dengan kebanyakan serangan menjadikan faktor kewangan sebagai motivasi utama penyangak siber dengan mensasarkan perniagaan konvensional sebagai mangsa," katanya.

Beliau berkata, pembangun malware sentiasa mengemaskini kod produk mereka dan menggantikannya kepada sistem yang rumit dari semasa ke semasa bagi mengelak daripada dikesan.
"Ada pihak menyalahkan sistem operasi sebagai punca terdedahnya saluran kepada virus namun mereka tidak menyedari bahawa sistem keselamatan mereka perlu kerap dikemaskini kerana virus kian kompleks," tambahnya.

SLRv8 menggunakan data yang dikumpul daripada kira-kira 500 juta komputer di seluruh dunia bagi menyediakan risikan ke atas ancaman online global yang dialami sepanjang separuh kedua 2009.
Sumber: HMetro Online
0 comments:
Post a Comment