TEMPAT TEMPAT PALING ANEH DAN UNIK DI DUNIA

Tempat sangat susah untuk dijejaki oleh seseorang

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Bayi terjatuh ke dalam lubang




SEORANG anggota bomba menyelamatkan bayi berusia 14 bulan dari lubang itu.

HARBIN, China - Seorang bayi yang terjatuh ke dalam sebuah lubang di sebatang jalan raya di sini telah diselamatkan oleh anggota-anggota bomba kelmarin.

Bayi berusia 14 bulan itu dan terjatuh ke dalam lubang tersebut yang terbentuk dengan tiba-tiba pada pukul 4 petang waktu tempatan di Jalan Liaoyang.

Lubang tersebut sedalam 10 meter.

Menurut beberapa saksi, mereka melihat sebilangan orang turut terjatuh ke dalam lubang tersebut.

Mangsa-mangsa yang cedera itu dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Punca kejadian masih disiasat. - Agensi

Gempar jumpa ikan naga laut



KUALA NERUS – Seorang nelayan di Kampung Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, di sini, gempar dengan penemuan bangkai ikan naga laut atau Oarfish berukuran kira-kira 2. 4 meter yang ditemui terdampar di pantai berkenaan pagi 13 Ogos lalu.

Bagaimanapun, spesies ikan dalam bahasa saintifiknya 'Regalecus Russelii' bukan kali pertama ditemui terdampar di perairan berkenaan, sebaliknya ia merupakan penemuan kedua selepas penemuan pertama tiga tahun lalu.

Menurut Kurator Institut Oseanografi & Sekitaran (Inos) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Azwarina Mohd Azmi Ramasamy, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan ikan berkenaan oleh seorang nelayan, Awang Alwi, 41.

“Kebiasaannya spesies ikan laut dalam berkenaan ditemui di perairan cetek jika berpenyakit atau tersesat, di mana ia makan secara menegak dengan memuncungkan mulutnya dan ia jarang ditemui.

“Justeru ikan yang memiliki badan pipih panjang menyerupai naga ini akan diawet untuk kajian lanjut dan menjadi sampel rujukan di Pusat Rujukan dan Repositori laut Chian Selatan, Inos,” katanya.

Menurutnya, penemuan ikan berkenaan bukan sesuatu yang luar biasa kerana sebelum ini spesies ikan berkenaan telah dilaporkan beberapa kali ditemui di perairan Pantai Timur.

Thursday, August 9, 2012

PENTING: Lokasi ‘Speed Trap’ Kamera Berkuasa Tinggi AES!

Menjelang akhir tahun ini kita sebagai pengguna jalan raya akan ‘diperhatikan’ oleh 566 kamera statik berteknologi tinggi yang boleh merakam wajah pemandu dan jenis kenderaan dengan jelas walaupun memandu melebihi 100 kilometer sejam.

Kamera berteknologi Jerman itu adalah satu daripada komponen Sistem Penguatkuasaan Elektronik (AES) yang akan dipasang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokasi strategik, terutama kawasan berisiko kemalangan di seluruh negara bagi memerangkap pemandu melebihi had laju.
Selain kamera, pemandu juga diawasi 266 kenderaan penguat kuasa elektronik yang dilengkapi kemudahan canggih bagi memantau pesalah trafik dan menahan mereka yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.


Prosedur operasi standard (SOP) bagi mewujudkan ketelusan dalam penguatkuasaan peraturan itu membabitkan pemasangan papan tanda amaran bagi membolehkan pemandu mengetahui kewujudan kamera perangkap laju seperti diamalkan di negara maju.

Saman yang dikeluarkan nanti adalah berasaskan gambar yang dirakam pemegang konsesi penyumberluaran yang dilantik kerajaan dan wajib disahkan agensi penguat kuasa, iaitu JPJ sebelum notis saman dikeluarkan.



Gambar yang dirakam ini lebih tepat, tidak kabur, walaupun pandu kereta lebih 100 kilometer sejam.
Ia akan beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini dan dijangka meningkatkan persepsi kebarangkalian ditangkap ke tahap 90 peratus!

Mengenai kos pemasangan, kerajaan tidak mengeluarkan peruntukan sebaliknya dua syarikat konsesi dilantik menanggung kos berkenaan menerusi perolehan diterima daripada kutipan saman.
Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap had laju baru itu, tapi ini yang tak rasmi, mungkin betul, mungkin salah atau mungkin ‘di sekitarnya’….kalau silap jangan marah.
Yang penting, ikut peraturan, bukan kerana saman tapi demi keselamatan diri sendiri dan nyawa orang yang tersayang.
Selamat memandu!



PLUS Arah Utara
Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS Arah Selatan
Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
At 296.5km and 297km, Bangi junction.
Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara
On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan
 Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

NKVE Arah Timur/Utara
300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE Arah Barat/Selatan
Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
Below railway bridge at 11.2km
Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya Kesas Timur
Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City
Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Lebuhraya Kesas – Klang
 Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

Leburaya Pantai Timur
East bound, downhill run after Raub junction.
Maran, 60km/h zone.
Paya Bungor, 70km/h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan
Tangkak junction.
Under the bridge after Yong Peng
North junction at 97.3km.
Ayer Hitam junction.
Sedenak junction.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara
Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
Before Perwaja Steel.
Sg Petani junction.
Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan
Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara
Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

Kawasan Perak Arah Selatan
Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsar junction.
Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.

Thursday, July 19, 2012

LAGI KELUHAN DERITA ISTERI YANG BERSUAMIKAN SEORANG GAY

Dibawah entry saya yang bertajuk “BERJUTA WANITA BERKAHWIN DENGAN LELAKI GAY” yang lalu seorang isteri yang menamakan dirinya “wannaBwise” telah meninggalkan komen nasihat yang saya rasa baik untuk renungan dan diambil ikhtibar buat para suami gay mahupun isteri yang punya suami gay diluar sana.

Setelah bernikah lebih 17 tahun baru terbongkar segala rahsia - gambar hiasan
Beliau telah meluahkan rasa kecewa dihati beliau setelah mengetahui bahawa suaminya adalah seorang gay setelah 17 tahun bersama. Saya katakan suaminya gay dan bukan bisexual kerana naluri suaminya lebih menjurus kearah sex sejenis, jika ia seorang pengamal bisexual tentu suaminya itu masih punya keghairahan bila isteri datang minta dibelai dan dimanja. Bisexual dalam kefahaman saya ialah seorang yang boleh terangsang dan ghairah terhadap kedua-dua jenis jantina. Walaupun perkahwinan wannaBwise telah dikurniakan dengan 3 cahayamata, bagi saya itu tidak bermakna suaminya itu seorang bisexual kerana sang suami tidak menunjukkan ciri-ciri yang ia menyukai seorang wanita yang bernama isteri.
Pandangan saya; Saya percaya malah ramai para gay diluar sana yang kebanyakannya dikalangan kami mempunyai hati untuk berkahwin (terpaksa) dan pejam mata ketika bersama isteri (terpaksa) semata-mata untuk dapatkan seorang dua anak bagi menutup mulut kaum keluarga yang sentiasa mendesak menyuruh untuk berkahwin selain menutup malu takut ditertawakan kerana faktor umur yang sudah lanjut. Kemudian mereka ini akan cari jalan untuk bercerai dan akan menduda sepanjang hayat. Title duda pada saya lebih bagus dipegang malah dalam status Facebook yang saya miliki pun saya letak perkataan duda, jika tidak akan bertali arus kawan-kawan lama sekolah walaupun tidak pernah berjumpa akan bertanya bila kahwin, berapa anak dan sebagainya. Hanya setelah saya letak status duda, semua senyap.

Tekanan dalam jiwa golongan songsang - kita kena beralih kepada Yang Maha Pencipta
Okey berbalik kisan wannaBwise, selama 17 tahun beliau bersama dan langsung tidak dilayani sempurna sebagai layaknya sebagai seorang yang bernama isteri dari suami malah ia sendiri tidak mengesyaki akan naluri suaminya itu cuma ada rasa pelik sahaja, sehinggalah ia akhirnya mendapat tahu tentang status sebenar suaminya itu. Walaupun telah tahu yang suaminya gay, demi anak-anak beliau masih tetap mahu hidup bersama dengan suami gay nya itu, malah cara wnnaBwise menghadapi situasi yang berlaku dalam hidup beliau amat saya kagum. Bagi kita semua apabila membaca coretan dan keluhan wannaBwise dibawah ini mungkin nampak senang akan segala tindakan yang telah diambil olehnya itu tetapi bak kata pepatah;

“berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”.
Buat wannaBwise semoga anda dan anak-anak akan sentiasa tabah menghadapi hari depan dan tidak lupa doa dari kami semua yang membaca keluhan wannaBwise ini juga berdoa agar suami gay puan akan kembali menyayangi puan dan paling tidak doa saya agar suami puan walaupun nalurinya tetap tegar pada kaum sejenis tetapi ia dapat mengawal dan tidak melakukan aktiviti berisiko diluar, insyaallah.
Saya faham juga apa yang sedang dialami oleh suami puan, nafsu dan godaan syaitan sentiasa datang bertali arus. Bagi diri saya jika kita tidak keluar mencari “keseronokan”, maka “keseronokan” itu akan datang mencari kita, ianya akan berlaku secara sepontan dan boleh terjadi dimana-mana sahaja maybe akan terserempak disekitar shopping mall, pejabat, tempat letak kereta, kedai mamak dan dimana-mana sahaja semuanya diarah digoda ditunjukkan jalan oleh syaitan laknatullah mempengaruhi semua hati-hati para gay yang kebanyakannya lemah. 

Seperti kata wannaBwise kita kena berbalik kepada Allah, balik kepada yang pencipta dan bermuhasabah diri fikir kenapa diri kita dihidupkan didunia sementara ini. Rasanya tidak ramai yang kuat seperti wannaBwise walaupun ramai yang pernah mengalami situasi seperti wannaBwise hadapi. Allah tidak memberi dugaan, kesengsaraan atau pun sakit melainkan segalanya  itu (Allah tahu) ianya mampu ditanggung oleh insan tersebut. Wallahuallam


Dibawah keluhan Puan WannaBwise (dengan sedikit pembetulan perkataan bahasa)
Keluhan 1;
Assalam,
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan pandangan tentang isu yg jarang mendapat pendedahan yg tulus dari orang yg berada dalam situasi ini. Saya adalah seorang isteri yang berkahwin dengan seorang lelaki gay yang saya ketahui dengan sahih tentang aktiviti gaynya setelah mencapai 17 tahun usia perkahwinan.
Puan wannaBwise diluar mungkin nampak happy tapi didalam hati tuhan yang tahu - Gambar hiasan
Namun perkahwinan ini, Alhamdulillah telah dikurniakan 3 orang anak lelaki yang kini sudah meningkat remaja.  Jiwa ni begitu pedih dan terseksa sepanjang perkahwinan kerana tidak merasa diri ini dilayan sebagai seorang isteri, tidak boleh bermanja, berpegangan tangan, berbisik mesra atau apa-apa sahaja yang seorang isteri akan lakukan pada suami tersayang atau apa-apa yang seorang isteri dambarkan dari seorang suami. Kami dilihat sebagai pasangan suami isteri yang ideal, sebab kami amat akrab tetapi hakikat sebenarnya hanya sebagai sahabat baik.
Saya diperlukan oleh suami sebagai orang yg sentiasa menyokong dan pemberi perangsang bila dia tidak berkeyakinan. Namun, jiwa saya tertekan sebenarnya kerana saya adalah seorang yang berjiwa romantik dan suka kan sentuhan dan belaian yang tidak mungkin saya perolehi dari suami saya. Saya faham suami saya juga menderita kerana nalurinya tertahan. Oleh itu saya juga berterima kasih kepadanya kerana telah memberikan saya 3 orang anak yg tampan, bijak dan pandai.  Alhamdulillah, anak-anak inilah kebahagian sebenar buat diri saya. Saya cuba mendidik mereka untuk tidak menjadi songsang dengan membekalkan mereka dengan ilmu agama yang tinggi. Quran adalah sahabat mereka yang paling akrab kini. 

Alhamdulillah. 


Jiwa yang terseksa ini, saya pujuk dengan menganggap ini adalah dugaan Allah keatas saya dan menerima suami saya sebagai “hadiah” terbaik dari Allah dan meyakini bahawa dialah suami yang
 terbaik untuk saya, yang Allah mahu saya pelajari sesuatu dari dirinya atau sesuatu melalui perkahwinan ini, dan saya juga menganggap kehidupan dunia yang sementara ini adalah ujian yang saya perlu lulus untuk kebahagiaan hakiki di akhirat kelak. Jadi saya dapat memujuk naluri ini yang inginkan belaian manja dan pelukan hangat suami dengan kepercayaan saya hanya kepada qada dan qadar Allah 100 peratus dan ia adalah rukun iman yang ke 6, so wajib saya percayai.

Sebagai seorang isteri, saya sentiasa memohon pada Allah agar melindungi suami dari melakukan maksiat, agar Allah memantapkan imannya, semoga beliau menjadi suami dan bapa yang soleh. Saya juga memohon agar Allah sentiasa mengikat hubungan kami dengan ikatan kasih sayang yang sukar untuk diputuskan kecuali ajal dan memohon supaya Allah menguatkan iman saya agar tidak terpikat dgn lelaki lain yang cuba untuk memikat saya.
Tazkirah yang saya buat untuk anak-anak saya pada setiap malam Jumaat adalah secara tidak langsung juga untuk membentuk suami  saya,  kerana sebagai isteri saya tahu saya tidak boleh mengajar suami untuk berubah dan itu adalah mustahil. Apa yg saya mampu buat hanyalah berdoa dan saya yakin dengan kuasa doa. Dalam konteks ini, hanya kuasa Allah sahaja yg dapat mengubah segalanya. Meletak Allah nombor  satu.

Berdoa memohon kepada Allah

Jadi nasihat saya pada mereka yang gay dan sudah beristeri juga  kepada isteri yang mempunyai suami gay, supaya sentiasa mencari keredhaan Allah dan menahan nafsu dengan meletakkan bahawa nikmat dunia adalah sedikit dan sementara, so kejarlah nikmat akhirat. Di dunia kita mungkin tidak dapat kecapi nikmat berkasih sayang tetapi sekiranya kita redha maka nikmat di syurga adalah milik kita insyaallah dan ia adalah kekal dan nikmatnya berlipat kali ganda serta berpanjangan..….so jadi orang yang wise yang mencari nikmat dan kebahagiaan hakiki... Untuk dapat kekuatan iman, ia perlu dipupuk dengan membanyakkan membaca alQuran, menghadiri ceramah agama, sentiasa mendampingi orang orang soleh, mendengar hanya yang baik (radio IKIM yg terbaik) dan lidah yang sentiasa tidak putus berzikir kepada Allah…...insyaAllah, syaitan yang sentiasa ingin menggoda akan menjadi lemah dan nafsu kita juga akan lemah juga. Jauhi diri kita dari segala punca maksiat.
InsyaAllah.. ……….wallahu'alam
oleh wannaBwise


 
Keluhan 2;
Naj Mi, terima kasih kerana sokongan saudara. sepanjang 17 tahun berkahwin, saya cuma berasa pelik tetapi tidak mengesyaki apa-apa tetapi kerana kedhaifan dan kesabaran saya, Allah tunjukkan kebenarannya apabila Allah tahu saya telah bersedia menerima berita tersebut dan dapat menanganinya. Sudah tentu berita itu mengejutkan (menggetar semua tubuh) tetapi ketika itu, apa yang saya fikir ialah,


"aku pastinya telah berbuat dosa besar hingga aku diduga dengan sesuatu yg amat berat".

So saya buat solat taubat pada Allah pertama kali saya mendapat tahu...saya banyak buat muhasabah diri dan berterusan membaca Quran untuk mencari petunjuk. Dari kacamata saya, apa yg berlaku ini adalah kerana Allah menyayangi suami saya dan terlalu banyak jalan kebenaran yg Allah tunjukkan padanya dan dia masih ada peluang untuk pilih syurga atau neraka kerana hayat masih dikandung badan semua ini menampakkan pada diri saya bahawa dunia ini adalah dugaan Allah semata-mata dan akhiratlah tempat hakiki yg perlu kita kecapi,
Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana dikurniakan suami yang dengan tidak secara langsung mendekatkan diri saya pada Allah dan memperlihatkan saya tentang pentingnya kejar akhirat, Ia juga mengajar saya bagaimana untuk redha...

Saudara Naj Mi yg dikasihi Allah, saya izinkan saudara share sekiranya ia boleh membantu. saya juga akan sentiasa mendoakan saudara dan suami gay diluar sana supaya sentiasa diberi kekuatan utk beristiqomah dalam mencari keredhaan Allah dan memantapkan iman. Sabarlah dan sabar itu adalah SEPARUH iman.. wallahu'alam
oleh wannaBwise
Teringat saya satu ketika dulu dalam perjalanan pulang semasa kembara ketika termenung keluar tingkap didalam bas yang sedang menuju keselatan di Wilayah Yunnan, terlintas dikepala saya ketika itu, bila balik nanti aku rasa nak kahwin, lepas tu cerai lah… hahaha itu fikiran saya dulu yang tidak pernah fikir sesuatu pekara itu samaada baik atau tidak disisi Allah swt. Syukur segalanya tidak menjadi dan syukur kerana saya dikurniakan HIV dalam darah ini.

HIKMAH BERKHATAN DALAM ISLAM

KHATAN semakin menjadi amalan bagi masyarakat berbilang bangsa. Malah, pada kini dianggarkan sepertiga lelaki di seluruh dunia berkhatan sama ada disebabkan anjuran agama seperti Islam dan Yahudi, mahupun kerana faktor kesihatan.

Circumcision central Asia
Dalam Islam, khatan atau khitan adalah perkara khilafiyah ( tiada nas yang qatei atau putus) dibincangkan dalam semua mazhab, namun menurut pendapat sahih dalam Mazhab Syafie, ia wajib ke atas lelaki dan perempuan. Demikian juga pendapat kebanyakan ulama silam.
Imam Ahmad bin Hambal mengatakan wajib manakala Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berpendapat khatan itu hukumnya sunat bagi lelaki dan perempuan.
Tetapi ada pula pendapat dalam Mazhab Abu Hanifah mengatakan wajib bagi lelaki dan sunat bagi perempuan.
Antara dalil yang dijadikan hujah dalam melaksanakan khatan ialah firman Allah yang bermaksud: “Ikutilah wahai Muhammad susunan agama Ibrahim.”
Hadis diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun di suatu tempat bernama ‘al-Qudum’ (di Syam). (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Diriwayatkan Imam Ahmad daripada Syaddad bin Aus dengan terputus sanadnya dan juga oleh Imam Baihaqi daripada Saidina Ali, beliau berkata berkhatan itu sunat bagi lelaki dan suatu perkara yang terpuji bagi perempuan.
Selain itu Imam Abu Daud, Ibnu Sandah dan Ibnu ‘Asakir meriwayatkan suatu hadis daripada ad-Dahak bin Tias, katanya di kota Madinah ada seorang wanita bernama Ummu ‘Atiyyah kerjanya mengkhatankan anak gadis.
Rasulullah s.a.w berkata kepada wanita itu: “Apabila engkau mengkhatankan anak perempuan jangan engkau potong terlampau banyak kerana potongan itu jika disederhanakan akan menambahkan seri muka dan menyebabkan suami lebih gembira.”
Dalam amalan perubatan di Malaysia, khatan bagi perempuan hanya melukakan kulit atas faraj yang berbentuk segi tiga. Bahagian itu adalah kulit lebihan di sebelah atas dan tidak sampai ke pangkalnya.

Bagi lelaki, ada dua kaedah iaitu tradisional dan moden. Kaedah tradisional ialah memotong bahagian kulit berlebihan pada zakar menggunakan pisau. Zakar terlebih dulu dibius pada bahagian atas, tepi dan hujung supaya kebas, kemudian dipotong, dilipat dan dijahit dengan benang larut sendiri.
Bagaimanapun, kaedah moden lebih mudah kerana hanya menggunakan plastik yang sudah berbentuk bulat untuk diletakkan pada bahagian hujung kulit zakar. Ia bertujuan menghentikan perjalanan darah dalam tempoh seminggu dan secara tidak langsung akan gugur dengan sendiri.
Selain mengikut sunnah generasi terdahulu, khatan mempunyai banyak kelebihan, terutama dari sudut kesihatan.
Khatan kepada lelaki mempunyai banyak kebaikan dari sudut kesihatan, terutama menghindarkan diri daripada terkena virus berbahaya seperti HIV. Sila lihat [SINI]

Disesuaikan dari Mymetro Oleh Idris Musa Sumber dari DRHALIMAHALI

44 AHLI PARLIMEN ZIMBABWE BERKHATAN

1) Bersunat mengurangkan risiko dijangkiti HIV/AIDS

SEORANG doktor (kiri) bersedia untuk menjalankan prosedur berkhatan ke atas seorang ahli parlimen di dalam sebuah klinik sementara yang didirikan di luar bangunan Parlimen di Harare, Zimbabwe kelmarin.

HARARE – Seramai 44 orang ahli parlimen Zimbabwe mengambil bahagian dalam majlis bersunat secara beramai-ramai semalam sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran HIV/AIDS. Dalam satu perpaduan politik yang jarang berlaku, ahli parlimen daripada parti ZANU-PF pimpinan Presiden Robert Mugabe dan ahli parti pembangkang MDC berbual-bual ketika mereka beratur di luar sebuah klinik sementara yang didirikan di luar bangunan parlimen.
Pengerusi Ahli Parlimen menentang Aids, Blessing Chebundo memberitahu tindakan itu dibuat bagi menggalakkan rakyat untuk turut bersunat. Chebundo merupakan individu pertama menjalani prosedur yang mengambil masa selama sepuluh minit itu. Pengarah Unit Aids dan TB, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Kanak-Kanak Zimbawe, Dr. Owen Mugurungi memuji semua ahli parlimen yang terlibat. Penyelidikan UNAids dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bersunat boleh mengurangkan risiko penyebaran HIV dan Aids sehingga 60 peratus.
Sumber : Harian Metro  Posted on the June 24th, 2012

2) Khatan kanak-kanak lelaki satu serangan fizikal......?*&#@&^???
Gambar hiasan
BERLIN 27 Jun - Sebuah mahkamah Jerman semalam memutuskan bahawa amalan mengkhatankan kanak-kanak lelaki sebagai satu serangan fizikal, keputusan yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam. Keputusan tersebut dibuat oleh mahkamah daerah di Cologne, barat Jerman dengan meyatakan bahawa 'hak asasi kanak-kanak untuk dikhatankan melebihi hak asasi ibu bapa'.

"Ibu bapa perlu menunggu sehingga anak mereka memutuskan untuk dikhatankan," kata mahkamah. Kes tersebut dikemukakan terhadap seorang doktor  di Cologne yang mengkhatankan seorang kanak-kanak lelaki Islam atas permintaan ibu bapanya. Beberapa hari kemudian, kanak-kanak terbabit dibawa ke hospital kerana mengalami pendarahan teruk. Pihak pendakwa raya kemudian mendakwa doktor terbabit atas kesalahan menyebabkan kecederaan teruk. Namun, doktor itu dibebaskan atas alasan dia telah bertindak mengikut undang-undang dan prosedur mengkhatan dibuat atas persetujuan ibu bapa terbabit - AFP


3) Bersunat dalam Volkswagen

Garut, Jawa Barat - Kebiasaannya amalan berkhatan beramai-ramai dilakukan diklinik, hospital atau rumah dan sering melibatkan anggota bomba menyiram kanak-kanak yang terlibat sebelum disunatkan. Namun berbeza di Garut, Jawa Barat apabila sekumpulan 66 kanak-kanak dikhatankan dalam Volkswagen Beetle sempena sambutan ulang tahun khas polis, Bhayangkara yang ke-66. Ketua Polis Garut, Komisioner Besar Polis (AKBP) Enjang Hasan Kurnia berkata, kanak-kanak yang menyertai upacara sunat itu terdiri daripada penduduk daerah Karangpawitan, Tarogong, Garut Kota, Cibatu dan Banyuresmi.


"Kami mahukan sesuatu yang unik dan memutuskan untuk mengkhatankan kanak-kanak didalam kereta tersebut. Selepas kanak-kanak itu selesai dikhatankan, mereka diarak ke kawasan bandar menaiki kereta yang sama sebelum dihantar kerumah masing-masing." katanya kepada tribunnews.com. Katanya, upacara berkhatan beramai-ramai akan terus dilakukan diwilayah itu dan pihaknya telah bersetuju untuk mengkhatankan kira-kira 1,400 kanak-kanak dalam masa terdekat. - Agensi


4) Berkhatan kerana rakannya ramai Melayu

WAI HOONG (kanan) memberi kata-kata semangat kepada Jun Hau ketika dikhatankan oleh Dr. Shahrizal Azwan Samsudin di Shah Alam semalam. Turut kelihatan Wong, (dua dari kanan).
IKUT SAMA. Majlis berkhatan membabitkan 39 kanak-kanak anjuran Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka) di Wisma Rozali di Shah Alam semalam menjadi istimewa apabila salah seorang daripada mereka ialah budak Cina berusia tujuh tahun. Ng Jun Hau yang ditemani bapa, Ng Wai Hoong, 43, dan ibu, Pauline Wong, 37, tersenyum sepanjang tempoh berada dalam bilik berkhatan dengan dikendalikan oleh doktor Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
"Mula-mula saya rasa takut tetapi hari ini (semalam) rasa seronok," ujarnya. Wai Hoong berkata, keluarga mereka bersetuju mengkhatankan Jun Hau kerana selama ini mereka sering bergaul bersama masyarakat Melayu dan membuatkan dia rasa teruja untuk melibatkan anak lelaki tunggalnya itu dalam majlis tersebut. Katanya, selain faktor kebersihan, berkhatan juga sebenarnya baik untuk kesihatan.
Sumber Kosmo! Online 

  
5) Budak besar berkhatan jadi tumpuan ramai
Mohd. Aiman Hakimi Hanafi menjadi tumpuan ramai ketika dimandikan bersama-sama kanak-kanak lain pada Program Khatan Perdana Parlimen Baling, Kedah


BALING 26 Nov. - Seorang kanak-kanak, Mohd. Aiman Hakimi Hanafi, 11, bukan sahaja menjadi tumpuan kerana saiz badannya berbeza daripada kanak-kanak seusianya tetapi saat-saat dia dikhatankan juga menarik. Dengan berat badan kira-kira 115 kilogram, Mohd. Aiman terpaksa dikhatankan di atas katil mengusung pesakit bagi menggantikan katil biasa kerana dikhuatiri akan patah.

Mohd. Aiman yang merupakan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kampung Sadik dekat Kupang ditemani ibu bapanya, Hanafi Abdul Wahab, 39, dan Jamilah Awang, 31, agak gugup sebelum dikhatankan dalam majlis Khatan Perdana itu. Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim turut menemani Mohd. Aiman sambil mententeramkannya sebelum dikhatankan oleh Dr. Hamzah Abdul.

Sebanyak enam pembantu paramedik terpaksa dipanggil bagi mengawal kanak-kanak itu daripada meronta kesakitan. Majlis Khatan Perdana anjuran Kelab Putera 1Malaysia itu mendapat sambutan di luar dugaan apabila disertai hampir 400 kanak-kanak dari seluruh daerah itu. Abdul Azeez berkata, sambutan luar dugaan itu turut tidak mengambil kira idealogi mereka dan berlangsung selama dua hari dengan bantuan 30 doktor dan 20 paramedik dari seluruh negara.

Sumber : Utusan Online

RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W


Tahia Al Ismail adalah adalah penyusun buku kisah Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW ini yang telah diterjemahkan oleh Siti Sujinah Sarnap. Buku ini diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa.
Saya membeli buku kecil dan setebal 530 muka surat ini beberapa tahun yang lalu, ketika hati saya teringin sangat hendak mengetahui kisah hidup sejarah baginda Rasulullah. Kerana kekurangan budget saya cuba mencari buku yang berkaitan dengan harga yang mampu saya beli. Alhamdulillah saya menemui buku ini yang berharga RM11.90 (klik disini)

Sebelum timbulnya niat hendak membeli buku ini saya sudah pun beberapa kali mendengar nasihat beberapa ustaz yang berkata kita sebagai umat Muhammad saw sekurang-kurangnya secara asas atau sekali dalam hidup kita kena menyelami kisah riwayat hidup sebenar baginda Rasullullah. Sekurang-kurangnya kita mendapat sedikit gambaran kisah kehidupan lampau Rasullullah SAW
Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW

Synopsis :
Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w adalah kehidupan yang penuh dengan jihad dan pengorbanan.Kehidupan untuk memimpin manusia ke arah kebenaran.Memadailah disebutkan di sini bahawa ia telah mengubah bangsa Arab dari manusia yang tinggal di tengah-tengah adat budaya yang buruk dan kepercayaan karut, di samping tidak senonoh dan kerosakkan besar, menjadi manusia yang beribadah kepada Allah dengan pengertian yang jelas dan ketinggian moral.
Mereka telah diubah dari satu bangsa yang pernah menanam anak-anak perempuan mereka hidup-hidup,mengorbankan anak-anak lelaki kepada tuhan-tuhan berhala, dan menyiksa hamba-hamba mereka sehingga mati menjadi suatu bangsa yang menatang anak-anak perempuan mereka seperti permata berharga,menghancurkan berhala-berhala,dan memerdekakan para hamba.Dari perbuatan gemar menghabiskan malam di dalam pesta-pesta dan minuman keras mereka menjadi bangsa yang menghabiskan malam di dalam solat atau memberi keperluan kepada fakir miskin.Dari manusia yang kebanggaan dan kegembiraannya adalah anak-anak dan kekayaan, mereka menjadi manusia yang kesenangan utamanya ialah berusaha mencari keredhaan Allah.

Author : Tahia Al - Ismail - Pages : 530

Seingat saya, saya menghabiskan masa kurang dua atau tiga hari membaca keseluruhan buku ini, kebanyakan masa saya menbaca ketika didalam masjid sementara menunggu masuk waktu sembahyang. Percaya atau tidak jika anda menbaca dan menyelami kisah riwayat hidup baginda ini, air mata anda akan pasti mengalir keluar.  Saya menitiskan air mata bila membaca saat akhir sebelum baginda mangkat menemui Pencipta. Semasa membaca saya seolah-olah ada bersama baginda kerana itulah bila membaca perenggan akhir dimana penceritaan tentang saat ajal baginda sudah tiba, hati secara automatik menjadi sedih sebak dan jika boleh tak nak baginda pergi.

Ha... itu pengalaman saya ketika membaca buku ini dulu, sudah lama dah, insyaallah saya akan mengulangi sekali lagi membaca riwayat hidup baginda tidak lama lagi. Anda akan berasa begitu hampir dengan baginda ketika menghayati hidup kisah baginda ini.

Ini adalah salah satu contoh buku berkaitan riwayat baginda Rasullullah. Diluar sana masih banyak buku berkaitan yang dijual di toko-toko buku, hanya berlainan penyusun/pengarang dan juga berbeza pegeluar/pengedar, isinya tetap sama.

PUASA RAMADHAN SAYA SEJAK BERGELAR PLHIV

Sebelum kita ke topik sebenar entry ini apa kata kita layan sepintas lalu tentang Ramadhan dan Kewajiban Didalamnya. Bagi kebanyakan kita penerangan asas berkaitan puasa dibawah ini hanya dicelah gigi sahaja, tetapi saya percaya ramai juga yang masih "blur-blur" terutama para remaja diluar sana berkaitan puasa ini.
PENGENALAN 
Ramadhan merupakan salah satu bulan daripada bulan-bulan islam. Dari segi bahasa, Ramadhan membawa maksud panas terik dan dari segi istilah syara’ pula ialah bulan Rahmat yang diwajibkan berpuasa padanya. Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai “Shahrun Mubarak” yang bermaksud bulan keberkatan. Dikatakan sebagai bulan yang penuh rahmat dan keberkatan kerana di dalamnya mengandungi beberapa keistimewaan antaranya diturunkan kitab suci al-Quran yang menjadi petunjuk dan pedoman umat manusia, umat islam diwajibkan melakukan ibadah puasa di siang hari, ibadah solat sunat tarawikh pada waktu malam dan juga ibadah sahur.
IBADAH PUASA
Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu kewajipan umat islam dan ianya adalah salah satu daripada Rukun Islam. Sekiranya meninggalkan ibadah ini maka tidak lengkaplah islam seseorang. Perintah mewajibkan ibadah puasa ini telah turun pada bulan Sya’ban Tahun kedua Hijrah.

PENGERTIAN PUASA 
Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri manakala dari segi istilahnya memberi erti menahan diri daripada makan dan minum dan dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari dengan syarat-syarat tertentu.
DALIL KEWAJIPAN PUASA 
Ibadah puasa adalah ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap individu yang cukup syarat. Dalil pensyariatannya adalah  berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183:
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
RUKUN-RUKUN PUASA
Rukun puasa ada tiga (3) iaitu:
1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula terbinya fajar hingga terbenam matahari.
Keterangan mengenai niat puasa 
1. Wajib ditakyinkan (ditentukan) jenis puasa fardhu seperti Ramadhan, Nazar, Kifarah dan sebagainya
2. Dilakukan pada waktu malam mulai selepas maghrib sehingga sebelum terbitnya fajar bagi puasa wajib. Ada pun puasa sunat boleh diniatkan pada siang hari dengan dua syarat. Pertama, masanya sebelum tergelincir matahari, kedua, sebelum melakukan sesuatu yang membatalkan puasa.
3. Menurut imam Syafie wajib niat puasa pada tiap-tiap malam. Imam Malik pula berpendapat, boleh niat puasa bagi 30 hari sekaligus dengan niat pada awal Ramadhan (malam pertama). Berhubung dengan pendapat imam Malik ini, kita pengikut Mazhab Syafie adalah diharuskan bertaklid dengannya sekiranya dikhuatiri kita akan terlupa untuk berniat setiap hari.
4. Perlu diniatkan di dalam hati dan bukan semata-mata menyebut lafaz niat semata-mata
 
Lafaz niat puasa Ramadhan (harian): 
“Sahaja aku berpuasa pada esok hari bagi menunaikan fardhu Ramadhan kerana Allah Ta’ala”
Lafaz jika niat selama sebulan: 
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala”
SYARAT WAJIB PUASA 
 1. Islam - Tidak wajib puasa ke atas orang kafir kerana tidak ada maknanya puasa mereka selagi tidak memeluk Islam (tidak beriman).
 2. Mukallaf – Mukallaf bermaksud seorang muslim yang baligh dan berakal. Jika tidak cukup dua sifat ini maka ia tidak dikira sebagai mukallaf dan tidak tertaklif keatas mereka sebarang tanggungjawab keagamaan termasuk berpuasa.
 3. Bebas daripada Uzur Syar’i – Keuzuran dalam konteks ini dibahagikan kepada dua iaitu pertama, keuzuran yang menegahnya daripada berpuasa seperti datang haid atau nifas bagi perempuan dan pengsan atau gila sepanjang hari. Kedua, keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa iaitu sakit yang memudaratkan sekiranya berpuasa, musafir, dan mereka yang tidak mampu berpuasa seperti orang tua atau orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh.
 4. Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.
SYARAT SAH PUASA 
1. Beragama Islam
2. Lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz dan beraqal
3. Suci dari haid dan nifas.
4. Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
5. Niat pada waktu malam bagi puasa Ramadhan
6. Bukan pada hari yang tidak sah puasa seperti hari raya aidil Fitri, hari raya aidil adha dan hari syak (30 Sya’ban).
Apa aktiviti saya disepanjang bulan Ramadhan setelah begelar PLHIV.
Sebenarnya saya ni bukan seorang yang hebat sangat berkaitan dengan segala amalan baik sama ada yang dilakukan didalam atau diluar bulan Ramadhan. Bukan maksud hendak riak tetapi sekadar berkongsi pengalaman, mana yang baik anda boleh contohi mana yang tidak baik tolak terus ketepi.

Sebelum didiagnosis sebagai HIV positif lebih 5 tahun yang lalu saya tetap berpuasa disiang hari, ya seumur hidup saya berpuasa sejak usia baligh lagi tetapi solat lima waktu tidak pernah saya amalkan secara sempurna inikan pulak solat sunat tarawih disepanjang bulan Ramadhan, "sebijik haram" pun saya tidak tahu cara melakukannya malah tidak pernah hendak ambil tahu. Solat sunat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha tidak pernah saya buat walau sekali pun sepanjang 40 tahun hidup saya dulu. Solat Jumaat boleh dikatakan "zero" melakukannya. Sepanjang hampir 10 tahun bekerja dinegara orang lagi lah tidak ada masa langsung hendak ke masjid. Nak masuk masjid pun takut kerana memang tidak tahu langsung sembahyang atau mengambil air sembahyang.
Kerana itu saya selalu berkata bahawa saya amat bersyukur kerana dikurniakan HIV ini, bersyukur kerana hiv ada didalam darah aku. Kerana HIV lah telah mengubah sebahagian besar corak hidup saya pada hari ini.

Saya juga seperti kebanyakan orang lain, ada turun naik dalam mood ketika melakukan amal ibadat semenjak disahkan HIV positif. Ada suatu ketika dulu saya terlampau "extreme" ketika melakukan segala amalan. Yang sunat sudah menjadi seolah-olah wajib untuk saya lakukan kerana ada perasaan seronok ketika melakukannya, saya hanya bayangkan hendak mengumpul pahala sebanyak mungkin seperti mana kita mengumpul duit, sehingga menziarahi orang mati dan menghantar jenazah kekawasan perkuburan menjadi antara kegemaran saya kerana tamakkan "kirat" - Jika kita turut solat jenazah saudara kita, maka Allah akan memberikan kita satu kirat pahala dan sekiranya kita menemani jenazahnya hingga ke kubur kita akan diberi satu lagi kirat pahala. Bermakna dua kirat ini lah yang saya harapkan.

Nota: satu kirat pahala sebesar gunung Uhud. Gunung Uhud itu adalah satu banjaran gunung di Mekah yg panjangnya adalah 7.5 kM. 


Sehingga alunan muzik dan TV menjadi satu kesalahan atau terasa berdosa untuk menonton dan mendengar. Surah Yasin menjadi halwa telinga saya  samaada ketika menunggang dan juga ketika berjogging di tengah padang malah ketika hendak tidur, CD surah ini akan saya pasang hingga terlena, selagi tidak lena dalam hati akan turut  sama membaca mengikut bacaan tersebut.
Pada suatu ketika dulu masjid menjadi tempat saya melepak. Membaca segala buku diatas rak didalam masjid menjadi minat saya. Pernah saya berguling-gelantang dilantai masjid sepanjang hari menghabiskan masa membaca sebuah buku kecil yang agak tebal yang saya beli sendiri berkenaan Kisah Riwayat Hidup Rasulullah SAW. Sebuah sejarah hidup yang boleh membuatkan air mata kita mengalir tanpa disedari.

Saya akan pergi kemerata masjid disekitar kediaman kawasan tempat tinggal saya untuk berjemaah. Terus terang ada suatu ketika dulu dalam jangka masa yang lama juga saya tidak pernah langsung meninggalkan walau sekali pun solat berjemaah di masjid. Pernah beberapa kali hujan turun amat lebat diwaktu maghrib dan subuh tetapi ianya tidak menghalang diri saya untuk berpayung meredah berjalan kaki kemasjid melalui lorong gelap yang sunyi kemasjid yang terletak dibelakang rumah yang jaraknya kira-kira 100m.

Pernah suatu ketika selesai solat asar saya tidak berganjak dari tempat duduk berzikir memohon berbagai doa dan hajat pada Allah sehingga masuk waktu Maghrib disebuah masjid disini. Hafalan 99 nama Allah sudah ada didalam kepala dan bermain dibibir ketika itu.

Ya, saya tidak nafikan kerana ketika itu saya telah berkawan rapat dengan seorang pemuda yang lebih muda dari umur saya dan boleh tahan handsomenya kah kah kah. Kami hanya bertemu ketika dimasjid bertukar-tukar cerita dan berbual-bual. Bersama-sama berbuka puasa dimasjid dan bertarawih juga bersama. Saya kagum mendengar kisah pengalaman beliau menunaikan haji bersama ibunya dan menghabiskan masa lebih sebulan di Kota Suci Mekah. Saya menjadikan ia contoh, dan saya juga "jeles" bila melihat ia amat rajin melakukan solat sunat ketika dimasjid, kerana itu lah saya cuba berlumba melakukan pekara yang sama dan kalau boleh hendak buat lebih daripada yang ia lakukan. 

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Begini lah ciri-ciri yang saya rasa ada pada kawan saya ini, melihat wajahnya sahaja buat diri kita rasa tenang dan seronok untuk bersama dan sekali sekala memang ada rasa rindu (rindu yang bukan ada kaitan tentang sex okey...) walaupun setiap hari ketika waktu maghrib kami berjumpa.

Ada ketika solat tahajjud ditengah malam sudah menjadi wajib buat diri saya, kerana saya percaya walaupun masih tidak berpeluang lagi untuk bersolat memohon doa dan mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda ketika melakukannya di depan Kaabah tetapi melakukan solat tahajjud walau sekadar dua rakaat ditengah malam sunyi mampu untuk kita memperolehi pahala yang lebih berganda;


Abu Al Syaikh dan Ibnu Hibban menukilkan dalam kitabnya “al Tsawab” dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda, 

“Sembahyang dimasjidku sama nilainya dengan 10,000 sembahyang. Sembahyang di Masjid-al-Haram sama nilainya dengan 100,000 sembahyang. Sembahyang di medan jihad sama nilainya dengan 2 juta sembahyang. Tetapi yang lebih tinggi nilainya daripada semua itu, ialah sembahyang 2 rakaat yang dikerjakan oleh seseorang hamba di tengah malam”
Kerana taksub melakukan tahajjud setiap malam, pendengaran telinga saya kerap kali mendengar suara azan ditengah malam, kadang kala bunyi deruan kipas angin juga boleh mengeluarkan bunyi seolah-olah orang sedang mengazan dan bila dilihat jam ketika itu masih belum lagi masuk waktu subuh. Kadang-kadang saya bangun kearah tingkap untuk mendengar adakah suara itu datangnya dari masijd yang pada ketika itu sekitar pukul dua atau tiga pagi.

Saya percaya dengan bangun malam sejam sebelum masuk waktu subuh, kita mandi bersihkan diri dan berdiri lakukan tahajjud dan beberapa solat sunat yang lain boleh membuatkan tubuh badan kita menjadi segar malah semakin sihat walaupun dalam diri kita ada virus HIV. Hampir semua solat sunat saya pernah lakukan termasuk juga solat Tasbih.
Ada ketika saya menjadi ketagih untuk mendengar ceramah agama dimasjid, pantang dengar ada ceramah atau kuliah agama saya akan pergi. Pernah tidak tidur malam hanya kerana mendapat tahu seorang ustaz "feveret" saya yang akan mengajar kuliah subuh satu ketika dulu. Kuliah harian yang dianjurkan oleh sebuah masjid disini juga saya hadiri pada setiap petang bersama rakan baik saya itu.

Malam jumaat ketika bukan dalam bulan Ramadhan adalah hari yang paling saya suka untuk ke masjid kerana ada bacaan surah Yassin dan tahlil serta ada makan free.

Tapi itu dulu............



Bulan Ramadhan
Biasanya tiga bulan sebelum masuk bulan Ramadhan saya sudah mempersiapkan diri, tak nak gaduh-gaduh dengan orang, tak nak buat dosa dan akan berjemaah setiap waktu di masjid dan selalu berdoa agar diri ini dipertemukan dengan secebis rahmat ketika malam lailatul qadar kelak. Tidak minta banyak jika diberi rahmat lailatul qadar sebesar zarah pun alhamdulillah.

Rutin harian saya ketika dibulan Ramadhan; 
Kebiasaannya saya bangun setengah jam awal iaitu sebelum ketika pintu bilik saya diketuk atau handpone saya berdering dengan panggil mak yang ketika itu sudah ada didapur untuk bersahur. Sebaik bangun saya buat sedikit "excersice" kebiasaanya saya lakukan 100 kali push-up dan 30 angkat besi (dumb bell) dan seterusnya mengambil air sembahyang, kemudian lakukan solat tahajjud dua rakaat dan jika ada mood saya lakukan solat sunat yang lain, ini bergantung kepada masa yang saya ada ketika itu, jika awal bangun lebih banyaklah sunat yang boleh saya lakukan. Kemudian saya akan turun ke dapur dan bersahur. Saya tidak makan banyak cuma sedikit nasi dan makan apa sahaja yang terhidang. "Arca buah" gerenti ada diatas meja ketika bersahur.
Setelah selesai bersahur, saya mandi dan keluar ke masjid untuk solat subuh berjamaah. Saya pastikan tiba awal kemasjid untuk buat solat sunat, jika boleh solat hajat juga saya lakukan sebelum azan berkumandang. Kembali kerumah, saya akan "membuta" diatas katil dan biasanya akan terjaga pada pukul 10 pagi untuk menelan ubatan HAART. Saya menelan ubatan dengan seteguk air. Puasa saya walaupun telah terbatal tetapi saya masih meneruskan puasa seperti biasa sehingga waktu berbuka. Solat Dhuha dua rakaat juga saya sempurnakan.
Saya biasa berbuka puasa disebuah masjid yang terletak agak jauh dari rumah, saya kesana hanya menunggang. Berbuka beramai-ramai memang rasa seronok. Kebiasaannya setengah jam sebelum waktu berbuka ketika semua telah berkumpul bersila dihadapan hidangan, bacaan tahlil akan kami baca beramai-ramai untuk disedekahkan pada ahli keluarga yang telah meninggal dunia atas permintaan mereka yang bersedekahkan "moreh" pada hari itu. Masa ini lah "part" yang paling saya suka kerana, bertahlil.

Setelah kenyang barulah solat Maghrib akan dilaksanakan, selesai solat Maghrib saya akan pulang kerumah dan bersedia untuk kemasjid dibelakang rumah pula untuk solat Isyak dan bertarawih. Kebiasaannya saya melakukan hanya 8 rakaat (tarawih) sahaja. Balik kerumah saya tengok TV lah.....
Paling seronok ialah 10 malam terakhir dibulan Ramadhan, hari yang paling saya tunggu-tunggu. Kebiasaannya apabila masuk hari ke 20 dalam bulan Ramadhan setelah selesai solat Tarawih saya akan rest atau cuba lelapkan mata sebentar dirumah, lebih kurang antara pukul 12.30 malam hingga pukul 2 pagi saya akan menunggang kesebuah masjid yang lebih besar yang terletak kita-kira 1 setengah kilometer dari rumah untuk berikhtikaf sepanjang malam selama 10 hari diakhir bulan Ramadhan.

So, beramal lah sebanyak mungkin ketika 10 malam akhir ini, yang pasti solat hajat, taubat dan solat sunat Tasbih pasti saya buat, membaca al-Quran adalah satu kelemahan besar buat diri saya tetapi ianya tidak menghalang saya dari terus membaca apa sahaja surah yang saya ingat dan hafal termasuk Surah Yasin yang mesti dibaca pada setiap malam, selain berterusan berzikir dimana-mana sudut gelap didalam masjid. Bersahur dimasjid pada 10 hari terakhir sudah menjadi kebiasaan buat saya. Setelah selesai solat suboh saya akan kembali kerumah dan menyambung "membuta"......
Rutin ini memang saya lakukan setiap tahun dan insyaallah akan saya praktikkannya lagi dibulan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi.
Walau bagaimanapun kebanyakan aktiviti seperti yang saya ceritakan diatas ini sudah tidak lagi saya praktikkan pada hari ini (kecuali amalan dalam bulan Ramadhan tu). Terasa susah hendak mengamalkan sesuatu yang baik itu berterusankan sehingga keluar dari bulan Ramadhan. Mendengar ceramah agama sudah lama saya tinggalkan ini kerana semakin bosan apabila disogok serta diselitkan dengan ceramah yang bukan-bukan (politik). Solat tahajjud juga semakin kurang saya lakukan cuma masih rajin bersolat Dhuha.

Tidak ada lagi kedengaran bunyi suara azan disebalik deruan angin kipas. Kencing syaitan juga melempah rauh ditelinga saya hari ini sehingga kerap terlajak waktu solat suboh. Rakan rapat saya ketika dimasjid juga sudah jarang saya bertemu kerana ia kurang menghadirkan diri dimasjid dibelakang rumah setelah berkahwin dan menimang cahaya mata. Saya juga kurang menghadirkan diri solat berjamaah dimasjid belakang rumah kecuali untuk solat Jumaat sahaja.

Kuliah agama setiap petang sudah lama saya tinggalkan dan 99 nama Allah sudah kembali bercelaru dalam fikiran saya, hanya surah Yasin masih menebal didalam kepala ini sehingga kehari ini. Alunan muzik didalam handphone semakin bertambah terbaru telinga kerap mendengar suara dari lagu Rolling In The Deep - Adele, walau bagaimananpun surah Yasin masih menjadi keutamaan.

Saya tidak sempurna dan tidak sebaik mana;
Godaan syaitan semakin kuat datang menghasut, seorang rakan pengamal maksiat tegar tiba-tiba kembali berhubung, hendak "tak nak" terpaksa saya melayan berbual dengannya dan kami kerap juga berjumpa berbual dan topik yang dibualkan lebih kepada pekara yang "lucah". Rakan saya ini sekitar 30an, ya saya mengaku pernah terlajak dengannya dulu, ibunya seorang muallaf cina dan sudah tentu ia seorang yang berwajah menarik dan langsung tidak nampak ciri-ciri "bengkok". Mirip wajah pelakun Gambit.

Berbual dengannya sempat juga saya selitkan persoalan berkaitan bahayanya HIV/AIDS dan STD dalam masa yang sama ia tidak tahu akan status saya ketika ini. Semakin berkawan dengannya seperti yang saya katakan godaan syaitan menghasut semakin dasyat, walaupun lajaknya tidak jauh tetapi secepat kilat saya akan memohon ampun dari Allah. Alhamdulillah saya masih dapat mengawal dari terjebak keperingkat yang lebih teruk. Mungkin berkat doa berterusan saya yang tidak henti-henti kepada Allah agar lindungi serta kuatkan iman dalam hati ini. Dimasa hadapan wallahuallam, mudah-mudahan saya terus dilindungi olehNya.

Saya pada hari ini tidak sebaik mana pun. Jika hendak berkawan bukan orang jenis seperti saya. Pilih kawan yang boleh membawa kita kesyurga bukan kawan yang berpotensi membawa kita keneraka. Saya hanya melakukan solat dirumah sahaja dan sudah lama tidak melakukannya dimasjid dan tidak lagi seperti dulu.

Walau bagaimanapun kedatangan Ramadhan tahun ini insyaallah saya akan cuba meneruskan rutin seperti yang pernah saya lakukan dibulan Ramadhan seperti tahun-tahun yang lalu itu, paling penting sehingga kini saya masih tetap berdoa supaya amalan baik yang saya buat itu biar lah berterusan bukan hanya dibuat dalam bulan Ramadhan sahaja. Kadang-kadang malu juga kerana kita ni hanya beria-ia beramal ibadat ketika dalam bulan Ramadhan sahaja. Malu sendiri kepada Allahkan.

Banyak kerosakan tubuh badan yang telah saya lakukan kepada diri ini semoga Ramadhan kali ini akan membuka satu lambaran baru yang lebih baik daripada yang lalu dan supaya dapat saya memperkukuhkan dan mamperkuatkan iman dan hati ini dalam melawan segala hasutan syaitan yang direjam itu dan semoga hidup ini selamat didunia dan diakhirat. 

Insyaallah saya ingin kembali mengasah minda menghafal 99 nama Allah yang sebenarnya mudah dihafal itu tetapi semakin saya lupa. Dan akan cuba menghabiskan masa kembali dengan menbaca kisah riwayat Rasullulah SAW sekali lagi. Al-Quran?... walau merangkak-rangkak sekali pun, insyaallah akan saya cuba menyelak semula.......insyaallah

Selamat meyambut bulan Ramadhan 1433H kepada anda semua, semoga kita semua dapat memperbanyakkan amalan kebaikan didalam bulan yang mulia ini. Dan sentiasa dirahmati Allah SWT.

10 KEBAIKAN BERPUASA DARI SUDUT SAINS

Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.
Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.

Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini: 

1. Allan Cott, M.D - Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:
1
To feel better physically and mentally 
(merasa lebih baik secara fizikal dan mental)

2
To look and feel younger 
(merasa lebih muda) 
  
3
To clean out the body 
(membersihkan badan)
 
4

To lower blood pressure and cholesterol levels 
(menurunkan tekanan darah dan kadar lemak)
 
5
To get more out of sex 
(lebih mampu mengendalikan seks)
 
6
To let the body health itself 
(membuat badan sihat dengan sendirinya)
 
7
To relieve tension 
(mengendurkan ketegangan jiwa)
 
8

To sharp the senses 
(menajamkan deria)
 
9
To gain control of oneself 
(memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri)
 
10
To slow the aging process 
(memperlambat proses penuaan)



2) Dr. Yuri Nikolayev - Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting.  (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).


3) Alvenia M. Fulton - Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).
 

4) Muzam MG, Ali M.N dan Husain
- berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.


5) Elson M. Haas M.D. - Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building ( toning). Elson percaya bahawa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.
Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.


6) Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan - mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.


7) Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan
- Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.


8) Dr. Muhammad Munib dan kawan-kawan
- dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam. Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.
Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL BUSUK