TEMPAT TEMPAT PALING ANEH DAN UNIK DI DUNIA

Tempat sangat susah untuk dijejaki oleh seseorang

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday, April 8, 2012

Kasut tumit tinggi untuk Lelaki Kacak

Budaya ni memang ada di beberapa buah negara, cuma belum masuk ke Malaysia lagi, kalau dah masuk tentu mak nyah suka.

Tidak praktikal langsung Lelaki Kacak memakai kasut tumit tinggi ini. Kadang-kadang mereka yang membuat design ini memang tidak praktikal langsung dan rasa macam tak masuk akal pun ada.

Seperti ala-ala lady gaga, dia kan suka pakai pelik-pelik, tetapi sebagai Lelaki Kacak memang amat buruk sekali mengayakan kasut bertumit tinggi.

Jadi persoalannya kenapa perlu Lelaki Kacak ini memakai kasut tumit tinggi? mungkin hanya mahu mendapatkan tarikan orang ramai, biasa la seperti artis kalau nak cepat popular buat cerita kontroversi.

Ini semua hanya donia semata-mata. Aduh! ini betul-betul mencabar SEO Lelaki Kacak ini.

Sukan Tennis untuk orang buta

Di jepun satu olahraga sukan tennis dipanggil  "Blind Tennis" ini pertama kali perintis oleh Miyoshi Takei, walaupun beliau seorang yang buta,  beliau mula bermain tenis sejak masih muda berkat dorongan dari ajaran gurunya.

Pada awalnya, Miyoshi hanya memiliki sasaran untuk memukul bola yang datang ke arahnya sekuat mana ia mampu. Bagi orang buta seperti Miyoshi, ia adalah merupakan pencapaian yang hebat dan bukan merupakan hal yang mudah.

Setelah memikirkan melakukan beberapa kali dalam percubaan, Miyoshi menciptakan bola tenis jenis yang kenyal seperti yang lembut dan ringan sehingga pemain yang buta dapat agak pergerakan bola melalui pendengaran mereka.

Perjuangan Miyoshi pun membuahkan hasil. Akhirnya, kejuaraan pertama tenis buta peringkat kebangsaan diadakan di Jepun pada tahun 1990.  Setiap tahunnya kejuaraan ini diikuti oleh ratusan pemain tenis buta asal Jepun, pemain dari negara lain, seperti Cina, Korea, Taiwan, England, dan Amerika Serikat.

Beliau telah meninggal dunia pada usia 42 tahun ketika dia dan isterinya mengalami kemalangan sebuah kereta yang sedang memandu laju di Tokyo dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

TOKYO - Sekumpulan peminat snek di Jepun semalam mendakwa mereka mencatat rekod untuk biskut beras terbesar di dunia.

Memiliki diameter 160 sentimeter, biskut itu jauh lebih besar daripada biskut beras biasa yang dikenali sebagai senbei.

Senbei yang diperbuat daripada tepung beras, dimakan dengan meluas di Jepun.
Michihiro Yamaguchi yang merupakan seorang ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia di bandar Kioroshi, timur Tokyo menganggap ia adalah detik kejayaan buat mereka.

"Kami berjaya melakukannya. Inilah dendam yang amat manis," katanya selepas gagal dalam percubaan untuk berada dalam buku rekod dunia pada bulan lalu selepas biskut yang dihasilkan itu kurang tiga sentimeter daripada sasaran mereka. - AFP

BEBERAPA ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia bergambar dekat biskut beras terbesar di dunia di wilayah Chiba, Tokyo semalam.

Dua belas manusia dengan keadaan fizikal terbesar di dunia

Manusia mempunyai bahagian tubuh yang normal dalam ukuran yang normal, namun bagaimana jika salah satu bahagian tersebut besar dan panjang?

Pasti akan menjadi suatu keistimewaan dan menjadi perhatian di mata masyarakat. Berikut adalah 12 manusia dengan organ tubuh terbesar di dunia.

1. Stephen Taylor - lidah terpanjang di dunia

Deria rasa yang lazimnya kita miliki biasanya hanya sepanjang 5 hingga 6 sentimeter. Rekod lidah terpanjang di dunia dipegang oleh lelaki warganegara England bernama Stephen Taylor.

Beliau mempunyai lidah sepanjang 9,5 sentimeter dari hujung sehingga bahagian tengah lidah dalam keadaan mulut tertutup. Stephen menerima gelaran tersebut dalam acara 'Lo Show dei Record' di Milan, Itali pada 5 Januari 2006 yang lalu dan hingga sekarang ini belum ada yang berjaya memecahkan rekod tersebut.
2. Francisco Domingo Joaquim - mulut terbesar di dunia

Francisco Domingo Joaquim dari Sambizanga di Angola telah dianugerahi gelaran manusia dengan mulut terlebar di dunia. Dengan demikian Francisco Domingo Joaquim boleh juga menjadi manusia dengan mulut dan rahang terlebar di dunia.

Lelaki yang lebih popular dikenali dengan nama Chiquinho ini menyertai pertandingan mulut terbesar di dunia di Roma, Itali. Susah untuk dibayangkan sebuah tin minuman softdrink boleh dimasukan sepenuhnya dalam mulut lelaki yang berusia 20 tahun ini.
3. Mehmet Ozyurek - hidung terbesar di dunia

Semasa pertandingan hidung terbesar di dunia tahun 2005, Mehmet Ozyurek dari Turki tercatat mempunyai hidung terbesar di dunia dengan rekod 8.8 cm. Hujung hidung sahaja mencapai 3,5 cm
4. Kim Goodman - mata terbesar di dunia

Namanya adalah Kim Goodman. Kim Goodman adalah seorang wanita yang mampu menonjolkan matanya keluar dari rongga mata sepanjang 12 milimeter (0,47 inci). Dia memegang rekod dunia untuk penonjolan bola mata paling jauh.

Beliau tinggal di Chicago, Illinois. Kim mengetahui bakatnya ini suatu hari ketika ia menerima pukulan di kepala dengan kayu hoki. Bola matanya melompat keluar lebih jauh daripada biasanya dan sejak hari itu dia boleh menonjolkannya dalam keadaan sedar, dan juga ketika ia menguap.


5. Leonard Traenkenschuh - alis mata terpanjang di dunia

Leonard Traenkenschuh dari Port Townsend, Washington, mempunya 3 setengah inci alis mata (dan masih terus memanjang). Untai terpanjangnya adalah 3 ½ inci.

"Saya tidak bertujuan untuk menyimpannya untuk memecahkan rekod," ujar lelaki yang tinggal di Port Townsend sejak tahun 1980 dan bekerja di rumah sakit sebagai petugas transkripsi catatan perubatan.

"Ini baru saja terjadi." Leonard, 56 tahun, bukan orang yang sangat berbulu. Dia tidak punya janggut dan tidak memiliki jambang tebal atau bermisai. "Saya hanya ada alis mata subur," katanya.
6. Badamsinh Juwansinh Gurjar - misai terpanjang di dunia

Misai selalu menjadi bahagian penting dalam kehidupan lelaki. Beberapa dari mereka sangat berdedikasi dan bangga dengan misai, mereka akan sangat kecewa jika mereka kehilangan misai.

Bagi sesetengah lelaki misai adalah lambang kehormatan dan kelelakian. Beberapa dari mereka percaya bahawa mereka akan ditolak tanpa misai. Misai atau rambut wajah adalah sesuatu yang tumbuh selama bertahun-tahun dengan banyak perhatian dan kesabaran.
7. Sarwan Singh - janggut terpanjang di dunia

Rekod dunia janggut terpanjang dipegang oleh seorang lelaki bernama Sarwan Singh. Semasa satu upacara yang berlangsung di Surrey, Columbia, England. Singh mengukur panjang janggut yang dimilikinya.

Dia menginginkan panjang janggut yang ia miliki boleh memecahkan rekod Guiness Book Of Records. Setelah diukur, janggut Singh mempunyai panjang 189,5 cm dan memecah rekod dunia.
8. Radhakant Bajpai - bulu cuping telingga terpanjang di dunia

Radhakant Bajpai, 50 tahun, mempunyai berhelai-helai rambut di telinga yang terbit keluar dari telinganya. Guinness Book kemudian mencatatnya setelah mendapat pengesahan dari doktor R.P. Gupta, penguji kedoktoran.

Ketika tercatat dalam Buku Guinness tahun 2003, panjang bulu telinganya 13.2 cm (5.19 inci.) Pada masa ini panjang bulu telinga Radhakant Bajpai sudah mencapai kira-kira 25 cm.
9. Chenq Shiquin - rambut terpanjang di dunia

Chenq Shiquin, wanita berasal dari Guangxi Cina mempunyai rambut dengan panjangnya mencapai 18 fit (atau lebih kurang 6 meter) pada tahun 2004. Dia mulai menyimpan rambutnya dari umur 13 tahun. Khabarnya beliau memiliki salon kecantikan sendiri.
10. Andre The Giant - kepala terbesar di dunia

Ahli gusti ini benar-benar luar biasa. Andre The Giant merupakan salah seorang ahli gusti dengan kepala terbesar dan disegani sepanjang sejarah WWE Smackdown. Andre mempunyai tinggi lebih dari 7 kaki dan 4 inch (2,24 meter) serta berat badan 520 pound (260kg).

Andre The Giant merupakan WWE Hall of Famer kerana pertandingan melibatkannya berlaku di kejohanan besar seperti melawan Hulk Hogan. Seperti Big Show, Andre mengidap sindrom Acromegaly, yang mengakibatkan badannya membesar sangat cepat. Acromegaly sendiri berhubungan dengan Gigantisme.
11. Greg Valentino - otot bisep terbesar di dunia

Greg Valentino adalah seorang ahli bina badan yang mempunyai ukuran bisep terbesar di dunia. Ia mulai latihan mengangkat beban pada usia 14 tahun. Ukuran bisepnya sekarang mencapai 28 inci (70 cm), dan ia dapat melakukan bicep curl seberat 300 lbs (136 kg).

Sayangnya untuk mendapatkan otot bisep sebesar itu, Greg telah menggunakan banyak steroid. Ia mengakui hal tersebut pada tulisannya, "Ramblin Freak, the biggest biceps in the world", di majalah Muscle Development.


12. Leonid Ivanovych Stadnyk - telapak tangan terbesar di dunia

Unik aneh dan menarik untuk lelaki ini. Bagaimana boleh telapak tangannya begitu besar, sehingga membuat orang di sekitar takjub dengan tangannya yang besar. Berjabat tangan pun sangat ketara kelihatan bahawa tangan orang ini sangat besar.


Rumah atas pokok terbesar di dunia

Horace Burgess, seorang warga Tennessee, Amerika Syarikat telah membina rumah atas pokok terbesar di dunia setinggi 97 kaki atau 29,57m.

Rumah pokok yang terletak di Crossville, Tennessee, AS, ini terdiri dari 10 tingkat dengan lebih dari 80 bilik dan 12 beranda serta tangga.

Setiap lantai adalah setinggi 9-11 kaki (2,7- 3,35m) dan di bahagian atasnya terdapat sebuah menara loceng.

Horrace sendiri yang menjadi tukang kayu dan arkitek, menyiapkan rumah tersebut dalam masa 14 tahun. Rumah pokok Horace Burgess ini akan dimasukkan ke dalam Guinness Book of Records.

Jika berkunjung ke rumah ini, anda akan menjumpai tulisan berbunyi: "Selamat datang kawan-kawan", sebagai tanda sambutan. Meskipun terletak di daerah desa, rumah ini mampu menarik perhatian orang ramai dari seluruh negeri.

Sekitar 400 orang hingga 500 orang melakukan kunjungan setiap minggu, dan kebanyakan mereka berasal dari luar negeri .

Muzium bawah laut terbesar di dunia

Muzium bawah laut terbesar di dunia ini, ditemui di Cancun, dibuka melalui pameran yang disebut sebagai "Silent Evolution" oleh seniman Jason deCaires Taylor.

Muzium ini terdiri daripada 400 patung yang ditenggelamkan ke perairan Cancun, di mana pengunjung boleh berenang di antara ikan-ikan yang indah.

Museum itu berada di Taman Nasional terletak di Pantai Barat Isla Mujeres, Punta Cancun dan Punta Nizuc, tempat yang menerima sekitar 750,000 pelancong setiap tahun.

Bekerja sama dengan ahli-ahli biologi laut dan pakar-pakar yang lain, patung-patung yang semuanya direka bentuk untuk menjadi terumbu buatan dan dibina dari bahan khas untuk mempromosikan kehidupan laut.

Patung-patung itu akan berubah mengikut peredaran masa sehingga menjadi batu karang. Melalui cara ini, Taman Laut itu juga berupaya menggamit kedatangan pelancong, tanpa kehilangan pelancong yang membawa pendapatan tahunan sebanyak 36 juta dolar AS kepada kawasan itu.

Galeri utama museum itu mempunyai 400 bahan pameran dengan patung-patung bersaiz manusia biasa dan keseluruhan kompleks itu memerlukan 18 bulan bekerja, 120 tan semen, 400 kg silikon, 3800 fiber glass dan 120 jam kerja-kerja submarine.




Permainan video terbesar di dunia

LONDON - Alat kawalan permainan video terbesar dunia bersaiz 30 kali besar dari joypad biasa yang dipamerkan di Stesen St. Liverpool, London, menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness edisi permainan, baru-baru ini.
Rekaan bombastik pelajar kejuruteraan Universiti Teknologi Delft, Netherland, sebenarnya boleh digunakan dan bukan sekadar perhiasan.

Alat kawalan permainan video itu mempunyai fungsi peranti sepenuhnya, dan jika mahu menggunakannya seperti alat kawalan biasa pengguna perlu mempunyai ketinggian 51 meter bersamaan ketinggian mercu tanda ‘London Column Nelson’.

Salah seorang dariipada tiga pelajar, Ben Allen, 23, yang membina peranti sebagai salah sebuah projek universiti mereka memberitahu, mereka begitu mengharapkan peranti Sistem Hiburan Nintendo (NES) yang dicipta menerima penghormatan.

“Kami bergabung idea dalam sebuah kelab dan membuat keputusan menghasilkan ciptaan yang tidak munasabah ini dalam versi besar.

Alat kawalan vidoe atau joypad berukuran 366 sentimeter (cm) x 159cm, dengan seberat 120 kilogram (kg) itu, mengambil masa hampir lima bulan untuk disiapkan dengan kos pembinaan 4,000 pound (RM19,341).

Alat elektronik teknologi tinggi 3 dalam 1

Di Washington satu produk yang mungkin kelihatan seperti sebuah pengisar lada berteknologi tinggi, tetapi sebenarnya alat elektronik tiga dalam satu ini didakwa bakal menggantikan telefon bimbit, komputer riba dan mungkin juga televisyen.

Projektor kecil, The Spider hasil ciptaan Nikolaus Frank dilengkapi pelbagai fungsi termasuk boleh mengeluarkan 'keyboard di atas meja dengan menggunakan pancaran laser beresolusi tinggi. Ia boleh digunakan seperti 'keyboard' biasa yang kita guna sekarang.

Produk unik tersebut dicipta untuk syarikat pereka Franketc dan berfungsi sebagai peranti bagi generasi akan datang yang dijangka mampu bersaing dengan alat elektronik sedia ada keluaran Apple seperti iPhone dan iPad.



Saturday, April 7, 2012

AJARAN SESAT AHMAD SERATUS

Wajah muda, penampilan menarik, malah petah berkata-kata. Itu daya penarik dimiliki Ahmad, lelaki didakwa penggerak utama sebuah ajaran diragui hala tujunya dikenali Ajaran Ahmad 100.
Kelebihan dimiliki itu diguna sepenuhnya Ahmad untuk mempopularkan ajarannya yang berpusat di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur menerusi gerak kerja merekrut pengikut seluruh negara menerusi konsep ceramah berunsur agama dengan dilazatkan dengan kata-kata manis berunsur nasihat.
Bergerak secara sulit menerusi beberapa siri pertemuan rahsia di kediaman terbabit bagi mengelak dihidu pihak berkuasa, misi Ahmad selaku penggerak utama ajaran tersebut ialah mahu melahirkan 25 pengikut yang beriman selain bernafsu menikahi 13 wanita.
Pelik dan meragukan! Malah, menerusi siasatan Sinar Harian berdasarkan maklumat diterima, Ajaran Ahmad 100 banyak mengetengahkan kelicikan dan kehebatan Ahmad bermain kata-kata. Dalam erti kata lain, ‘ayat power’ Ahmad ini berjaya mempengaruhi ramai pengikut hingga ada sanggup menggadaikan isteri semata-mata mahu menjadi pengikut taat dan diberkati.
Berdasarkan pengakuan beberapa bekas pengikut kepada Sinar Harian, mereka sanggup menyerahkan isteri masing-masing sebagai pemuas nafsu Ahmad menerusi perkahwinan batin selepas terpengaruh janji kurniaan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
“Kami jahil agama, kami terpesona dengan ‘kejujuran’ Ahmad 100, tetapi akhirnya kami terpedaya, isteri kami jadi mangsa nafsunya.” Itulah antara luahan kekesalan bekas pengikut termasuk salah seorangnya mengalirkan air mata sedih berbaur kesal dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini.
Pada pertemuan itu juga, bekas pengikut Ahmad 100 ini juga mendedahkan, isteri masing-masing diserahkan kepada Ahmad untuk dikahwini secara batin dan sekiranya isteri mereka gagal memikat dan menaikkan nafsu syahwatnya, Ahmad akan menceraikannya dan dibuang daripada kumpulan dengan alasan dia tidak layak menjadi pengikutnya.
Paling tidak masuk akal, Ahmad ini juga didakwa mengelirukan pengikutnya apabila mengakui diri sebagai Imam Mahdi yang mempunyai mukjizat boleh bertemu Malaikat, ALLAH serta mendakwa dia adalah pemimpin alam jin menerusi wahyu diturunkan kepadanya.
Rumah tangga hancur lebur
Salah seorang daripada bekas pengikutnya yang dikenali sebagai Abu (bukan nama sebenar),  kini terpaksa menerima hakikat rumah tangganya musnah gara-gara ajaran sesat itu.
Abu berkata, pada awalnya dia tertarik menyertai kumpulan itu selepas kagum dengan cara Ahmad yang menasihatinya supaya menjadi orang diredai dan dikasihi ALLAH SWT.
“Kami bertemu di sebuah restoran pada mulanya mahu membincangkan bab pengurusan kewangan dan kemudian bertukar ke topik hukum merokok menyebabkan saya yakin dengannya kerana setiap kata-katanya berlandaskan al-Quran malah dia anggap diri saya kafir dan memerlukan bimbingan dan perlu menempuh ujian untuk menjadi seorang yang beriman,” katanya.
Menurutnya, Ahmad yang ketika itu sudah mempunyai dua isteri memberitahu, isteri Abu, Zawiyah, seorang yang baik dan perlu berkahwin dengannya untuk mendapat keberkatan.
“Bermula pada saat itu, saya dan isteri mula dipisahkan secara perlahan-lahan dan licik serta isteri saya tinggal sebilik dengan Ahmad tahun lalu.
“Bagi Ahmad, tidur sebilik dengan isteri saya adalah halal kerana ia adalah satu cara untuk menguji ketaatan dirinya kepada Tuhan dan keadaan itu berlarutan selama setahun sebelum isteri meminta cerai kerana tidak boleh meninggalkan Ahmad,” katanya.
Abu berkata, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, isterinya sering berulang-alik dari rumahnya di Kedah ke Kuala Lumpur untuk menemui Ahmad dengan menggunakan alasan­ belajar agama.
“Keadaan bertambah sukar apabila isteri berubah dan menganggap Ahmad adalah segalanya dan sanggup meninggalkan saya dan ibu bapanya semata-mata kerana lelaki itu,” katanya.
Dia mula menyedari bahawa ajaran­ Ahmad terpesong, namun gagal berbuat apa-apa kerana setiap pergerakan isterinya dipantau pengikut setia Ahmad.
Lebih memeritkan lagi, Ahmad turut memaksa isterinya menggugurkan kandungan yang berusia 10 minggu dan menetapkan dalil bahawa dirinya tidak boleh memiliki zuriat.
Abu berkata, dia turut dituduh membakar dua kereta milik Ahmad gara-gara cuba membawa Zawiyah pulang ke pangkuannya.
Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, dua laporan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada Februari lalu.

Friday, April 6, 2012

Maxis Cloud paling canggih di Malaysia

Akses mudah kepada Maxis Cloud, dan penyelesaian perisian yang lebih baik, untuk pengurusan perniagaan yang fleksibel Maxis Berhad telah melancarkan Maxis Cloud, yang merupakan perkhidmatan awan yang paling canggih, masa nyata dan diuruskan sepenuhnya, dimana para pelanggannya dapat mengakses melalui rangkaian tulang belakang optic 100 gigabit setiap saat (100G) dan rangkaian HSBB Telekom Malaysia. Maxis turut bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan utama seperti MDeC,bagi mempromosikan penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan oleh Penjual Perisian Bebas (ISVs). Ini dapat membangunkan rangka kerja dan standard bagi pembangunan keseluruhan untuk industri awan Malaysia sebagai platform untuk amalan ICT yang bertaraf dunia. Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Perniagaan Maxis, Fitri Abdullah berkata, “Pelancaran Maxis Cloud pada hari ini direka untuk membolehkan penyelesaian IT yang lebih baik dan memberi sokongan kepada pertumbuhan keperluan perniagaan di Malaysia. Kerjasama yang melibatkan Hewlett Packard juga akan terus mempercepatkan penggunaan teknologi awan oleh penjual perisian dan perniagaan, dan membuka jalan untuk pelbagai penyelesaian awan bergred perniagaan disediakan kepada perniagaan di Malaysia. Menurut Ramaswami Venkatesan, Pengurus Besar Negara, Perkhidmatan Teknologi, Hewlett Packard “Pengintegrasian komponen terkini, teknologi dan perkhidmatan Maxis Cloud, dari asas kukuh penyelesaian teknologi melalui rangkaian canggih, membolehkan penawaran terkini IaaS sebagai perkhidmatan awan yang paling canggih, selamat dan mesra untuk pengguna di Malaysia. Maxis Cloud boleh diakses melalui penyelesaian hubungan perniagaan termasuklah Perniagaan Internet Fiber Maxis yang baru, yang menyediakan perusahaan dengan kelajuan muat turun sehingga 32MB. Ia juga terdapat dalam pakej pilihan yang mempunyai kelajuan 4Mbps, 8Mbps dan 16Mbps. Maxis dapat menangani keperluan jalur lebar yang semakin meningkat dan penggunaan data yang didorong oleh telefon pintar, tablet, modem dan perkhidmatan fiber-ke-premis, sementara menyediakan sambungan berkelajuan tinggi dan keupayaan pemulihan automatik kepada perusahaan untuk pusat data dan perkhidmatan seperti perkomputeran awan dan komunikasi mesin ke mesin (M2M). Tambahan pula, melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia, Maxis dapat menawarkan perkhidmatan dalam semua kawasan liputan HSBB di seluruh Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL BUSUK