Friday, June 15, 2012

Skype 5.3 Untuk Mac OS X Membawakan Sokongan Panggilan Video HD


Walaupun baru sahaja Skype memperkenalkan Skype 5.2 untuk Mac OS X, kini sekali lagi mereka mengemaskini aplikasi mereka, membawakan Skype 5.3 untuk para pengguna OS X. Dan menariknya melalui kemaskini aplikasi ini adalah sokongan panggilan video HD yang didatangkan bersama-sama dengannya.
Selain daripada itu, Skype 5.3 untuk OS X juga turut sama membawakan sokongan kepadasistem operasi terbaru daripada Apple, iaitu Lion, serta turut menyokong versi-versi sebelum ini. Melaluinya kini, para pengguna boleh menerima dan membuat panggilan video HD dengan mudah bersama-sama dengan rakan-rakan dan ahli keluarga mereka.
Para pengguna OS X boleh memuat-turun Skype 5.3 hari ini secara percuma, dan mula menggunakan panggilan video HD pada Mac OS X.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL BUSUK