Bercakap tentang hiburan, bermain game "Console" adalah salah satu cara untuk kita memenuhkan masa yang banyak terluang. Lebih-lebih lagi ketika musim cuti persekolahan. Cakaplah pasal Console game Nintendo, kemudiannya Sony Playstation dan kini pendatang baru dari Microsoft, Xbox. Secara asasnya apabila hendak bermain game, 2 peralatan elektrik yang diperlukan iaitu TV dan Console yang didatangkan bersama 2 Joystick kawalan. Namun kini segala-galanya telah berubah seiring dengan perubahan era teknologi.
Pendekatan perubahan tersebut bermula apabila syarikat pengeluar & pembina permainan digital dari Jepun-Nintendo (terkenal dengan penghasilan game berjudul "Super Mario") telah melancarkan console game yang lain daripada yang lain iaitu Nintendo Wii. Console Nintendo Wii menggunakan Joystick khas yang dikenali sebagai "Nunchuck". Ia memberikan pengalaman baru kepada anda cara mengendalikan permainan game kerana apa yang diperlukan adalah gerakan anggota tubuh badan terutama tangan. Seolah-olah "real", "life" dan keseronokan bermain sesuatu judul game meningkat. Kaki-kaki game di seluruh dunia mula memberikan perhatian terhadap console Wii.
Kini pembina console game lain seperti pendatang baru, Microsoft mengambil langkah yang sama dengan melancarkan "Kinect" dalam memberikan pengalaman baru interaksi antara pemain dengan console (Xbox 360). Microsoft mengambil pendekatan yang radikal dalam memperkenalkan teknologi hiburan serba baru. Dikatakan penghasilan teknologi "Kinect" adalah inspirasi yang diambil daripada 1 scene filem sains fiksyen "Minority Report". Bercakap tentang alat kinect ini, diri andalah alat kawalan yang "direct interact" dengan console Xbox 360. Dalam bahasa mudah, ia berfungsi sebagai "Full Gaming Body & Controller Free Gaming". Luar biasa bukan!!!!, hanya gerak-geri tubuh dan suara anda sahaja diperlukan untuk membolehkan permainan game berinteraktif di kaca TV. Tiada lagi joystick atau "Nunchuck" diperlukan untuk bermain judul-judul game terpilih di pasaran. Fungsi "Kinect" juga boleh digunakan sebagai sensor motion untuk interaktif hiburan lain seperti menonton filem, mendengar music dan sebagainya melalui laman pusat interaktif Xbox Live.
0 comments:
Post a Comment