Wednesday, June 6, 2012
Ada Apa Dengan NOKIA Ovi
Ramai pengguna telefon mudah-alih di luar sana sudah sedia maklum atau mengetahui akan interaktif "Application Store" - Nokia Ovi yang diperkenalkan pada tahun 2008 oleh syarikat pengeluar telefon mudah-alih utama dunia, NOKIA. Namun tahukah anda, aplikasi tersebut adalah pendekatan serupa yang telah lama diperkenalkan oleh syarikat gergasi perkomputeran Apple "iTunes" dalam merevolusikan cara komunikasi para pengguna dalam segmen produk gadget mini yang telah menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia iaitu iPod dan kini iPhone.
So ada apa dengan Ovi Nokia berbanding iTunes ni? Maka entri kalini lebih menumpukan info tentang aplikasi Nokia Ovi & kelebihannya dalam memikat para pengguna setia telefon mudah-alih jenama NOKIA samada lama ataupun baru. NOKIA Ovi menyediakan ruang interaktif secara dalam talian (online) di mana pengguna perlu mempunyai 1 akaun peribadi seakan google mail. Akaun ini diwujudkan bagi memberi jaminan keselamatan data para pengguna dan seterusnya membolehkan telefon bimbit dihubungkan terus melalui komputer peribadi (PC) ataupun Laptop dengan lebih privasi & selamat.
Aplikasi yang dibawa merangkumi pengurusan File, Calendar, Contacts, Maps, Store, Mail, Music & Share. Senang cerita anda boleh samada sync [akses], buat backup, muat-turun aplikasi seperti perisian mobile terbaru atau game & mengurus data-data peribadi penting yang ada di dalam telefon muda-alih secara terus melalui PC anda atau sebaliknya. Untuk lebih mudah "sync", terlebih dahulu anda perlu memuat-turun Nokia Ovi Suite (merupakan rekaan perisian yang baru dikemaskini di sini dan versi suite terbaru ini membolehkan anda mengakses segala data dengan lebih mudah dan pantas. Sesiapa yang belum mempunyai akaun Nokia Ovi, bolehlah mendaftar dengan klik pada link berikut: Register
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment