Tuesday, June 5, 2012

Cara popular simpan duit.

Siapa yang tak suka simpan duit sila klik X kat atas tu ye..sebab entry kali ni memang akan jadi entry yang membosankan kalau korang bukan jenis yang suka simpan duit.
Baiknya company aku sebab every event mesti diorang akan jemput speaker yang sangat baik akan share pengalaman and tips2 diorang. So, ada la seorang En. Speaker ni yang cakap; dulu dia spend money more than what he earned. Aku rasa aku pun macam tu jugak. Ye la..work hard play harder la kan??hehe..

kan best kalau duit banyak sampai bleh buat camni..
Masalahnya, seperti kebanyakan orang aku pun susah jugak la nak menyimpan walaupun niat dalam hati tu ada..
Kalau ikutkan nasihat pakar kewangan peribadi, kita sepatutnya simpan 10%-15% daripada pendapatan kita setiap bulan tu..
Bunyi memang payah..ye la kalau katakanlah average income RM3000.00 sebulan, at least simpan RM300. Boleh beli jeans sepasang dah kot..
Tapi, kalau kita memang seorang yang berdisplin; masuk je gaji terus simpan. Yess..kita kena simpan dulu baru belanja. Bukan belanja dulu balance tu baru simpan. 
Ade jugak yang aku jumpa tak menyimpan langsung..alasan ade EPF aka KWSP. Sori to say, ni hasil kajian KWSP korang tu yang average RM150k-RM200k tu akan habis dalam tempoh 3 tahun je lepas bersara. Katakanlah, korang bersara umur 55 tahun, umur 58 tahun dah abis duit. Nak ke korang keje balik masa umur 58 tahun? Kalau anak boleh tolong kira bersyukur lah tapi harus diingat, anak2 dah ade life sendiri dan tanggungjawab sendiri.
Takkan la dah tua2 tak nak hidup senang kan? Takkan la dah tua2 kena kerja balik? Takkan nak mintak tolong orang sana sini pulak? Harus tua2 nak bersenang lenang, rilek, buat amal ibadat, pegi haji, pegi melawat anak cucu..kan best!
Ramai jugak yang cakap, nak buat ape la duit banyak2 bila dah tua?
Aiseh..aku bukan nak berjoli sakan bila dah tua.
Senang cite, 5 tahun lepas dengan RM1 korang boleh beli berape keping kuih? 4-5 keping kan..
Sekarang, 4-5 keping kuih dah RM2..tu baru 5 tahun. Entah macam mana la harga 20 tahun akan datang? Korang rasa RM1000 sebulan cukup tak korang nak survive?
Pernah pulak tak kira berape RM korang kena simpan if nak bersara dengan tenang?
Jom wat kira2:

Katakan bersara umur 55 tahun and kita hidup sampai umur 75 tahun.
So, 75-55=20 tahun x 12 bulan = 240 bulan.
Katakan sebulan perbelanjaan paling koman RM1500 yang mana aku rasa macam tak cukup je..


RM1500 x 240 bulan = RM360000 banyak tu!

Kita ambil kira KWSP korang berjaya kumpul RM200000 korang masih kena simpan RM160000 kan?
Kalau umur korang ni 30 tahun; 55tahun-30tahun = 25 tahun x 12 bulan = 300 bulan.
RM160000 / 300 bulan = RM533.3333..korang ade simpan banyak ni? Kalau ade bagus la..
Simpan la dalam ASB ke, Tabung Haji ke atau mana2 yang korang suka.
Tapi aku suka Prudential BSN Takaful..sebab ape?
1. Sudah semestinya halal
2. Aku menyimpan dan ade kad perubatan. 2 in 1..Masuk sepital tunjuk je kad tu..senang!
*3. Kalau ikut cara kat atas tu aku kena simpan RM500++ sebulan tapi dengan PruBSN aku just simpan RM300++ je..
*bergantung kepada umur, risiko kerja dan status merokok korang.


Jadi le pengguna bijak..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL BUSUK