Monday, May 28, 2012
Peminat bola sepak Kelantan diminta jaga nama baik
KOTA BHARU – Peminat bola sepak Kelantan diminta menjaga keselamatan dan nama baik negeri itu pada pertandingan akhir Piala FA di mana pasukan negeri akan bertemu Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta peminat bola sepak Kelantan supaya menjaga keselamatan pergi dan balik semasa menonton perlawanan akhir bola sepak itu, serta menjaga nama baik negeri.
“Mereka patut menjaga nilai-nilai semangat kesukanan yang sebenar di jiwa mereka serta menghargai apabila mereka diberi cuti peristiwa selama sehari Ahad ini sempena perlawanan bola sepak itu,” katanya dalam laman sosial Facebooknya hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment