Saya mula melukis kartun sepenuh masa di
Majalah Ujang pada 1994. Umur masa tu 18 nak masuk 19. Tak pernah masuk
disko dan masih lagi teruna.
Mula-mulanya saya hanya buat kartun semuka Lawak Antarabangsa. Selepas berbulan-bulan didera dan mahir membuat kartun semuka, saya diberi peluang untuk buat cerita panjang pulak.
Dan dari peluang tersebut, maka lahirlah siri ‘BUDAK HOSTEL’…
Memang tulah cara training yg diamalkan oleh Majalah Gila-Gila dan Ujang untuk melahirkan kartunis yg bagus. Bermula dari lukisan sepetak ke lukisan satu mukasurat… Dari lukisan satu mukasurat ke drama pendek pulak. Dan bila dah mahir, barulah dapat can nak buat cerita panjang bersambung-sambung cam Aku Dia & Volkswagen tu.
Pada mereka yg pernah mengikuti bengkel Allahyarham Pak Jab pasti faham dan biasa dengan konsep ni. Seperti kata falsafah beliau – “Hendak mendaki gunung, belajarlah mendaki bukit dahulu. Hendak mendaki bukit, belajarlah mendaki busut dahulu…”.
Kesimpulannya, untuk mahir dan bagus
dalam sesuatu perkara kita mestilah belajar dari bawah dan fahami
asasnya terlebih dahulu. Kalau foundation kukuh, kita takkan mudah goyah
bila ada tugasan yg mencabar!
Cuma saya pelik dengan ramai kartunis
dan pelukis komik baru sekarang ni yg terus melukis cerita panjang
bersambung-sambung sebaik aje mula bekerja. Adakah mereka memang sudah
cukup bagus? Atau syarikat penerbitan dah tak amik pot dengan hal
grooming kartunis ni?
Oh, berbalik semula pada cerita BUDAK
HOSTEL tu tadi… idea untuk buat cerita budak asrama ni sebenarnya
dicadangkan oleh Brader Ujang sendiri. Memandangkan saya pernah belajar
kat asrama, maka tanggungjawab untuk carik idea dan buat cerita ni
diserahkan bulat-bulat kepada saya.
Sebenarnya memang terkincit gak masa proses nak menyiapkan episod pilot (episod pertama)
ni. Dari proses cipta karakter, carik idea, menyusun jalan cerita,
melakar, inking dan menulis dialog. Barulah saya tau kepayahan dan
kesusahan sebenar untuk menyiapkan sesuatu karya!
Heh… Sapa kata lukis kartun ni senang dan tak perlu ada ilmu?!
Komik BUDAK HOSTEL ni mula dikeluarkan di Majalah Ujang pada 1995 (keluaran mana tak ingatlah pulak…) dan ditamatkan pada 1997 pasal saya dah bosan giler melukisnya.
0 comments:
Post a Comment