Bekas tokoh Melayu dalam DAP penyandang jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP Kebangsaan yang mengucap selamat tinggal pada parti itu 14 Mei lalu sejak dulu memang jarang sekali memanggil sidang akhbar.
Isnin beliau mengadakan satu sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur.
Langkah ini sendiri agak menarik kerana kalau nak kira antara Tunku Abdul Aziz dengan DAP sudah boleh kira tutup buku.Beliau boleh terus menyepi dan meneruskan kehidupan harian seperti yang dilaluinya sebelum timbul kontroversi ini.
Namun dari raut wajahnya semasa sidang akhbar itu jelas ada lagi yang beliau tidak mahu terus lenyap di angin lalu begitu sahaja dan sebaliknya ingin ' bercerita' dengan kalangan wartawan serta menyampaikan pandangan tentang hal ehwal politik semasa.
Suaranya nyata masih laku dan ini dapat dilihat dengan kehadiran ramai wartawan pada sidang akhbar itu.
Sebagai seorang bekas aktivis dalam Transparency International dan dikenali sebagai seorang yang ada kredibiliti suaranya tentu sekali akan meresahkan pakatan pembangkang khususnya DAP.
Yang pasti mereka akan tidak senang hati mendengar lontaran pandangan Tunku Abdul Aziz pada sidang akhbar itu bahawa beliau tidak ada keyakinan langsung pakatan pembangkang dapat memerintah negara ini dengan jayanya jika ditakdirkan menang PRU13.
Ia dengan sendirinya mengesahkan banyak pandangan pemerhati politik sebelum ini yang menduga PKR,DAP dan PAS akan bercakaran sesama sendiri dalam perebutan kuasa jika menang.
Indikasi jelas ialah mereka hingga ke saat ini tidak dapat menampilkan sebuah kabinet bayangan.
Kabinet bayangan itu dikira penting dalam memaparkan bahawa isu pembahagian kuasa antara mereka ' sudah settle'.
Beliau tegas berpendapat pakatan pembangkang perlu menyelesaikan hal ini sebelum menghadapi PRU13.
Sebaliknya semua bos-bos pakatan pembangkang terus membisu seribu bahasa mengenainya.
“Apakah jawatan yang ingin diberikan kepada parti-parti pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP. Dan apa yang akan jadi kepada negara ini?
“Dan kemudiannya masing-masing akan berkelahi sesama sendiri. Berapa jawatan dalam kabinet akan diberikan kepada parti ini dan berapa untuk parti itu,” kata Tunku Abdul Aziz ketika bercakap tentang bab itu.
Beliau menjelaskan isunya boleh soal pakatan pembangkang tidak sesuai memerintah negara ini tetapi ia adalah sukar.
Bagi beliau mentabir Malaysia bukanlah semudah yang dicakap.
“Kabinet bayangan akan dipersoalkan. Anda tidak boleh terus pergi ke Putrajaya tetapi anda tidak tahu siapa dan apa yang akan dilakukan,” katanya.
Ditanya tentang isu jawatan perdana menteri, Tunku Abdul Aziz berkata, pelantikan jawatan itu di kalangan bukan Islam tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Namun ,katanya realiti politik di negara ini harus diambil kira.
“Yang di-Pertuan Agong merupakan seorang yang beragama Islam dan menteri yang pertama yang diberikan tugasan dan fungsi perlu selaras dengan agama (Baginda).
“Pelantikan (Perdana Menteri) boleh di kalangan mereka yang berbangsa Cina atau India tetapi yang beragama Islam,” katanya lagi.
Menyentuh tentang tindakannya keluar DAP,Tunku Abdul Aziz mendakwa parti itu memanipulasikan kenyataan dan pendirian beliau berhubung Bersih 3.0.
"Saya sokong Bersih tapi saya tidak sokong tindakan mereka yang mahu melanggar undang-undang negara iaitu merempuh Dataran Merdeka," katanya.
Katanya beliau tidak setuju langsung demonstrasi jalanan diadakan dalam memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil.
Tunku Abdul Aziz menilai beliau dipaksa keluar dari parti itu dengan cara 'paling lembut' ekoran kenyataannya mengkritik Bersih 3.0.
Beliau menolak samasekali kenyataan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng bahawa beliau tidak akan dihukum parti kerana itu..
Katanya, beliau dipaksa keluar kerana kenyataannya itu menyukarkan kepimpinan pakatan pembangkang dan menyebabkan namanya sebagai Senator tidak akan dilantik semula.
"Penasihat, Lim Kit Siang datang dua kali ke rumah saya, pada 27 dan 30 April, dengan cara yang paling 'lembut'. Pada tahap ini saya ingatkan Kit Siang bahawa saya tidak masuk Pas atau PKR.
Menurut Tunku Abdul Aziz beliau menyertai DAP selepas mendapat jemputan daripada Kit Siang dan tidak pernah mengharapkan sebarang balasan.
Mengenai masa depan karier politiknya,beliau meletakan tanda titik. "Saya tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti selepas ini," katanya - AD
0 comments:
Post a Comment