“Arsenal cukup menyayanginya dan itulah insentif terbaik untuk dia (Van Persie) terus kekal di sana. Arsenal sebuah kelab yang hebat.
Minggu lalu, Van Persie membuka perbincangan dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan ketua eksekutif kelab, Ivan Gazidis di London.
The Gunners dikatakan menawarkannya gaji baru 130,000 pound seminggu (RM643,281) serta bonus lanjutan kontrak bernilai 5 juta pound (RM24.8 juta), menjadikan dia pemain termahal kelab itu.
Isteri Van Persie, Bouchra pula berkata: “Arsenal menunjukkan kesabaran sepanjang Van Persie berusaha meningkatkan prestasi di kelab ini. Jadi kami tak patut balas dengan cara mahu memikirkan kelab lain. Anak-anak juga gembira tinggal di London.” – Agensi
0 comments:
Post a Comment