Wednesday, May 30, 2012

Misi Memburu Mata Penuh

teamkelate
Perlawanan menentang Johor FC malam esok merupakan perlawanan tertunda 15 mei lalu dan terakhir sebelum Liga Super bersambung kembali 15 jun nanti. Pertarungan antara Kelantan tempat kedua teratas liga dengan Johor FC tempat kedua tercorot liga tidak harus dipandang mudah pasukan Kelantan memandangkan pasukan Johor FC sebuah pasukan yang sukar diramal prestasinya.
Kepenatan pemain Kelantan yang sentiasa melalui jadual perlawanan yang padat dan akan bertandang di stadium Pasir Gudang pasti digunakan sebaik mungkin skuad sang Lebah ini meskipun mereka harus waspada dengan kebijaksanaan taktikal Bojan Hodak mengatur anak buahnya.
Kehebatan Kelantan bagai tersentap dengan isu membaling objek dan mercun ke padang semasa saingan Piala AFC lalu. Isu ini masih lagi hangat diperkatakan di laman media sosial dan media-media tempatan. Sikap yang sukar dibendung ini mungkin akan terus menjadi duri dalam daging atau anai-anai yang akan merosakkan keteguhan binaan bolasepak Kelantan yang dibangunkan presiden KAFA dan kepimpinan KAFA serta seluruh peminat yang ikhlas melihat kemajuan bolasepak Kelantan.
Isu-isu ini menjadikan perlawanan menentang Johor FC bagai hambar memikirkan masa depan KAFA yang bakal didenda melebihi RM50,000 sepertimana dimaklumkan Tan Sri Annuar Musa. Keluhan Tan Sri Annuar Musa sungguh terkesan dihati peminat setia The Red Warriors kerana beliau merupakan aset dan penyumbang utama kepada kemajuan bolasepak Kelantan melalui tenaga dan pelaburan AL Hamra.
Kemenangan pada malam ini tidak bermakna jika tiada usaha daripada seluruh penyokong Kelantan untuk mengubah sikap buruk ini. Ibarat minum teh tanpa gula apabila setiap kali kejayaan Kelantan disurami dengan berita buruk yang dilakukan penyokong sendiri yang buat-buat bodoh dan bebal demi menunjukkan kejantanan yang tidak bertempat ini.
GOMO KELATE GOMO.

Tan Sri Annuar Musa
Imej kelantan akan terus dipandang BURUK OLIH ORANG LUAR MALAH KALI INI MUNKIN NAMA KELANTAN TERCEMAR SAMPAI KELUAR NEGARA KERANA AFC CUP DISIAR LANGSUNG KE BANYAK NEGARA..publisiti yg luas sepatutnya peluang terbaik menjulang nama baik kelantan BERTUKAR MENJADI SEBALIKNYA AKIBAT AMALAN PENONTON YG TIDAK BAIK DAN MEMALUKAN NEGERI SENDIRI..SEOLAH OLAH KITA MERUPAKAN PENONTON YG TIDAK BERPERATURAN SERTA BURUK PERANGAINYA..MEMBALING OBJEK DAN MERCUN ADALAH PERBUATAN SABOTAJ PASUKAN SENDIRI..KITA TIDAK NAMPAK PERBUATAN BEGINI DI NEGARA LAIN..ENTAH DARI MANA DAN TARBIYAH SIAPA SIKAP SEBEGINI..segala gambaran positif imej kelantan sebenar hilang begitu saja..orang hilang hormat pada kita....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL BUSUK