Wednesday, May 30, 2012

Impian Nazmi Faiz Jadi Kenyataan


KUALA LUMPUR - Nazmi Faiz Mansor mengakui beraksi di pentas Eropah adalah impian sejak kecil.
Katanya, sekarang ini dia begitu bersemangat untuk membuktikan kehebatannya selepas mengikat kontrak tiga tahun bersama pasukan Liga Divisyen Satu Portugal, SC Biera-Mar.
Awal pagi semalam Nazmi disahkan oleh kelabnya telah menandatangani kontrak bersama pasukan Gold and Blacks itu sehingga Jun 2015 selepas menjalani pemilihan selama seminggu mulai 13 hingga 20 Mei lalu.
Menurut pemain berusia 17 tahun itu, kegembiraan dapat beraksi bersama pasukan Biera-Mar akan menjadi medium bagi meningkatkan lagi motivasinya di sana.
“Saya amat menyukai keadaan di sini sejak kali pertama menjejakkan kaki di Aveiro dan saya merasakan tempat ini adalah lokasi terbaik untuk saya meningkatkan lagi tahap permainan,” katanya dalam laman web rasmi kelab tersebut, semalam.
Pemain yang berasal dari Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di Portugal.
Pemilihannya untuk menjalani ujian di kelab tersebut adalah berdasarkan merit apabila berjaya meraih perhatian pihak ejen dari Singapura, Marco Guimaeres.
Sementara itu, jurulatih Beira-Mar, Ulisses Morais menyifatkan pemain yang beraksi di posisi tengah itu adalah seorang pemain daripada benua Asia yang mampu menyinar.
“Sukar untuk saya menggambarkan apa yang saya rasai sekarang. Saya diterima dengan baik di sini oleh semua orang, tetapi saya amat menghargai apa yang diajar oleh jurulatih, Morais dan juga ketua pasukan, Hugo.
“Saya akan melakukan apa sahaja di sini kerana menganggap ia adalah peluang terbaik untuk saya menjadi seorang pemain yang lebih bagus dan yang paling penting adalah memberikan kebanggaan buat negara,” katanya.
Nazmi adalah di antara beberapa pemain baru yang berjaya dibariskan dalam skuad Beira-Mar menjelang musim 2012/13 Liga Divisyen Satu Portugal.
 - Utusan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL BUSUK