Thursday, May 17, 2012

70 MAUT AKIBAT PENGAMBILAN UBAT TERCEMAR


 70 Maut Akibat Pengambilan Ubat Tercemar
Lahore – Sekurang-kurangnya 70 orang meninggal dunia di sini, dalam tempoh tiga minggu lalu akibat pengambilan ubat sakit jantung yang dipercayai tercemar.



Sementara 400 orang lagi kini dirawat di hospital selepas dikesan mempunyai simptom yang sama.
Pihak berkuasa memaklumkan, angka korban meningkat mendadak sejak semalam.
Kira-kira 40,000 orang telah mengambil ubat berkenaan sejak 15 Disember lalu.

Mereka yang mengambil ubat tersebut akan mengalami simptom darah putih serta palet darah menyusut dengan mendadak, dan ia pertama kali dikesan penghujung bulan Disember lalu.

Pada mulanya pihak berkuasa menjangkakan keadaan itu berlaku akibat demam denggi, namun siasatan ke atas pesakit yang terlibat mendapati mereka adalah pesakit jantung yang menggunakan ubat secara percuma daripada Punjab Institute of Cardiology (Pic).

Pusat berkenaan memperoleh ubat berkenaan daripada lima pengilang tempatan yang tidak begitu dikenali dan ubat tersebut tidak mempunyai maklumat bila ia dihasilkan dan tarikh tamat tempoh.
Berikutan itu, tiga individu yang menjadi pembekal ubat kepada Pic telah ditahan reman.
Setiap tahun, Pic akan memberikan ubat kepada 600,000 pesakit jantung secara percuma.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL BUSUK