Iklan yang sangat kreatif dan wadefuq ini dihasilkan oleh laman web pencari kerja dari Jerman, jobsintown. Dengan menggunakan slogan "life is too short for the wrong job",
iklan ini memaparkan pekerja manusia yang menggerakkan mesin kegunaan
harian seperti surirumah yang bekerja keras membasuh baju di dalam mesin
basuh, pekerja bank yang menguruskan transaksi di dalam mesin ATM dan
sebagainya. Jujurnya semasa kecil dahulu saya sering beranggapan ada
orang yang duduk di dalam mesin ATM bekerja menghulurkan wang dari mesin
tersebut. Ah, ketika itu zaman masih noob jika mesin ATM dibuka
oleh pekerja bank pasti saya akan curi-curi tengok untuk mengintai jika
ada orang di dalam. Apa-apa pun iklan yang telah banyak memenangi
anugerah ini memang sangat osem dan kreatif. Cekdemout!
Thursday, May 31, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment