Monday, May 28, 2012

Nazmi bakal ke Liga Portugal



Pemain tengah skuad Harimau Muda A Mohd Nazmi Faiz Mansor akan menjalani latihan pemilihan di kelab divisyen satu Liga Portugal, S.C Beira-Mar, selama seminggu mulai Isnin depan.
Mohd Nazmi Faiz, yang akan bertolak ke Portugal Ahad ini bersama bapanya Mansor Mustapha, berkata beliau tidak mahu mempersia-siakan peluang bermain di benua Eropah meskipun bakal berhadapan dengan cabaran seperti gaya permainan ala
Samba yang banyak digunakan pemain dalam liga berkenaan dan keadaan cuaca.
“Saya akan mempamerkan aksi terbaik saya sepanjang berada di sana untuk memastikan saya menjadi pemain pertama negara yang mewakili kelab Eropah,” katanya dalam sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL BUSUK