Tahia Al Ismail adalah adalah
penyusun buku kisah Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW ini yang telah
diterjemahkan oleh Siti Sujinah Sarnap. Buku ini diterbitkan oleh
Perniagaan Jahabersa.
Saya membeli buku kecil dan setebal 530
muka surat ini beberapa tahun yang lalu, ketika hati saya teringin
sangat hendak mengetahui kisah hidup sejarah baginda Rasulullah. Kerana
kekurangan budget saya cuba mencari buku yang berkaitan dengan harga
yang mampu saya beli. Alhamdulillah saya menemui buku ini yang berharga
RM11.90 (klik disini)
Sebelum timbulnya niat hendak membeli
buku ini saya sudah pun beberapa kali mendengar nasihat beberapa ustaz
yang berkata kita sebagai umat Muhammad saw sekurang-kurangnya secara
asas atau sekali dalam hidup kita kena menyelami kisah riwayat hidup
sebenar baginda Rasullullah. Sekurang-kurangnya kita mendapat sedikit
gambaran kisah kehidupan lampau Rasullullah SAW
Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW
Synopsis :
Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w adalah
kehidupan yang penuh dengan jihad dan pengorbanan.Kehidupan untuk
memimpin manusia ke arah kebenaran.Memadailah disebutkan di sini bahawa
ia telah mengubah bangsa Arab dari manusia yang tinggal di tengah-tengah
adat budaya yang buruk dan kepercayaan karut, di samping tidak senonoh
dan kerosakkan besar, menjadi manusia yang beribadah kepada Allah dengan
pengertian yang jelas dan ketinggian moral.
Mereka telah diubah dari satu bangsa yang pernah menanam anak-anak
perempuan mereka hidup-hidup,mengorbankan anak-anak lelaki kepada
tuhan-tuhan berhala, dan menyiksa hamba-hamba mereka sehingga mati
menjadi suatu bangsa yang menatang anak-anak perempuan mereka seperti
permata berharga,menghancurkan berhala-berhala,dan memerdekakan para
hamba.Dari perbuatan gemar menghabiskan malam di dalam pesta-pesta dan
minuman keras mereka menjadi bangsa yang menghabiskan malam di dalam
solat atau memberi keperluan kepada fakir miskin.Dari manusia yang
kebanggaan dan kegembiraannya adalah anak-anak dan kekayaan, mereka
menjadi manusia yang kesenangan utamanya ialah berusaha mencari
keredhaan Allah.
Author : Tahia Al - Ismail - Pages : 530 |
Seingat saya, saya menghabiskan masa
kurang dua atau tiga hari membaca keseluruhan buku ini, kebanyakan masa
saya menbaca ketika didalam masjid sementara menunggu masuk waktu
sembahyang. Percaya atau tidak jika anda menbaca dan menyelami kisah
riwayat hidup baginda ini, air mata anda akan pasti mengalir keluar.
Saya menitiskan air mata bila membaca saat akhir sebelum baginda mangkat
menemui Pencipta. Semasa membaca saya seolah-olah ada bersama baginda
kerana itulah bila membaca perenggan akhir dimana penceritaan tentang
saat ajal baginda sudah tiba, hati secara automatik menjadi sedih sebak
dan jika boleh tak nak baginda pergi.
Ha... itu pengalaman saya ketika membaca
buku ini dulu, sudah lama dah, insyaallah saya akan mengulangi sekali
lagi membaca riwayat hidup baginda tidak lama lagi. Anda akan berasa
begitu hampir dengan baginda ketika menghayati hidup kisah baginda ini.
Ini adalah salah satu contoh buku
berkaitan riwayat baginda Rasullullah. Diluar sana masih banyak buku
berkaitan yang dijual di toko-toko buku, hanya berlainan
penyusun/pengarang dan juga berbeza pegeluar/pengedar, isinya tetap
sama.
0 comments:
Post a Comment