Sebelum kita ke topik sebenar entry ini apa kata kita layan sepintas lalu tentang Ramadhan dan Kewajiban Didalamnya. Bagi
kebanyakan kita penerangan asas berkaitan puasa dibawah ini hanya
dicelah gigi sahaja, tetapi saya percaya ramai juga yang masih
"blur-blur" terutama para remaja diluar sana berkaitan puasa ini.
PENGENALAN
Ramadhan merupakan salah satu bulan
daripada bulan-bulan islam. Dari segi bahasa, Ramadhan membawa maksud
panas terik dan dari segi istilah syara’ pula ialah bulan Rahmat yang
diwajibkan berpuasa padanya. Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai “Shahrun Mubarak” yang bermaksud
bulan keberkatan. Dikatakan sebagai bulan yang penuh rahmat dan
keberkatan kerana di dalamnya mengandungi beberapa keistimewaan
antaranya diturunkan kitab suci al-Quran yang menjadi petunjuk dan
pedoman umat manusia, umat islam diwajibkan melakukan ibadah puasa di
siang hari, ibadah solat sunat tarawikh pada waktu malam dan juga ibadah
sahur.
IBADAH PUASA
Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu kewajipan umat islam
dan ianya adalah salah satu daripada Rukun Islam. Sekiranya meninggalkan
ibadah ini maka tidak lengkaplah islam seseorang. Perintah mewajibkan
ibadah puasa ini telah turun pada bulan Sya’ban Tahun kedua Hijrah.
PENGERTIAN PUASA
Puasa dari segi bahasa
bermaksud menahan diri manakala dari segi istilahnya memberi erti
menahan diri daripada makan dan minum dan dari melakukan perkara-perkara
yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq sehingga
terbenam matahari dengan syarat-syarat tertentu.
DALIL KEWAJIPAN PUASA
Ibadah puasa adalah ibadah
yang wajib dilakukan oleh setiap individu yang cukup syarat. Dalil
pensyariatannya adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah
al-Baqarah ayat 183:
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
RUKUN-RUKUN PUASA
Rukun puasa ada tiga (3) iaitu:
1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula terbinya fajar hingga terbenam matahari.
Keterangan mengenai niat puasa
1. Wajib ditakyinkan (ditentukan) jenis puasa fardhu seperti Ramadhan, Nazar, Kifarah dan sebagainya
2. Dilakukan pada waktu malam mulai selepas maghrib sehingga sebelum
terbitnya fajar bagi puasa wajib. Ada pun puasa sunat boleh diniatkan
pada siang hari dengan dua syarat. Pertama, masanya sebelum tergelincir
matahari, kedua, sebelum melakukan sesuatu yang membatalkan puasa.
3. Menurut imam Syafie wajib niat puasa pada tiap-tiap malam. Imam
Malik pula berpendapat, boleh niat puasa bagi 30 hari sekaligus dengan
niat pada awal Ramadhan (malam pertama). Berhubung dengan pendapat imam
Malik ini, kita pengikut Mazhab Syafie adalah diharuskan bertaklid
dengannya sekiranya dikhuatiri kita akan terlupa untuk berniat setiap
hari.
4. Perlu diniatkan di dalam hati dan bukan semata-mata menyebut lafaz niat semata-mata
Lafaz niat puasa Ramadhan (harian):
“Sahaja aku berpuasa pada esok hari bagi menunaikan fardhu Ramadhan kerana Allah Ta’ala”
Lafaz jika niat selama sebulan:
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala”
SYARAT WAJIB PUASA
1. Islam - Tidak wajib
puasa ke atas orang kafir kerana tidak ada maknanya puasa mereka selagi
tidak memeluk Islam (tidak beriman).
2. Mukallaf – Mukallaf bermaksud seorang muslim yang baligh dan
berakal. Jika tidak cukup dua sifat ini maka ia tidak dikira sebagai
mukallaf dan tidak tertaklif keatas mereka sebarang tanggungjawab
keagamaan termasuk berpuasa.
3. Bebas daripada Uzur Syar’i – Keuzuran dalam konteks ini
dibahagikan kepada dua iaitu pertama, keuzuran yang menegahnya daripada
berpuasa seperti datang haid atau nifas bagi perempuan dan pengsan atau
gila sepanjang hari. Kedua, keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa
iaitu sakit yang memudaratkan sekiranya berpuasa, musafir, dan mereka
yang tidak mampu berpuasa seperti orang tua atau orang sakit yang tiada
harapan untuk sembuh.
4. Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.
SYARAT SAH PUASA
1. Beragama Islam
2. Lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz dan beraqal
3. Suci dari haid dan nifas.
4. Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
5. Niat pada waktu malam bagi puasa Ramadhan
6. Bukan pada hari yang tidak sah puasa seperti hari raya aidil Fitri, hari raya aidil adha dan hari syak (30 Sya’ban).
Apa aktiviti saya disepanjang bulan Ramadhan setelah begelar PLHIV.
Sebenarnya saya ni bukan seorang yang
hebat sangat berkaitan dengan segala amalan baik sama ada yang dilakukan
didalam atau diluar bulan Ramadhan. Bukan maksud hendak riak tetapi
sekadar berkongsi pengalaman, mana yang baik anda boleh contohi mana
yang tidak baik tolak terus ketepi.
Sebelum didiagnosis sebagai HIV positif lebih 5 tahun yang lalu saya tetap berpuasa disiang hari, ya seumur hidup saya berpuasa sejak usia baligh lagi tetapi solat lima waktu tidak pernah saya amalkan secara sempurna inikan pulak solat sunat tarawih disepanjang bulan Ramadhan, "sebijik haram" pun saya tidak tahu cara melakukannya malah tidak pernah hendak ambil tahu. Solat sunat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha tidak pernah saya buat walau sekali pun sepanjang 40 tahun hidup saya dulu. Solat Jumaat boleh dikatakan "zero" melakukannya. Sepanjang hampir 10 tahun bekerja dinegara orang lagi lah tidak ada masa langsung hendak ke masjid. Nak masuk masjid pun takut kerana memang tidak tahu langsung sembahyang atau mengambil air sembahyang.

Kerana itu saya selalu berkata bahawa
saya amat bersyukur kerana dikurniakan HIV ini, bersyukur kerana hiv
ada didalam darah aku. Kerana HIV lah telah mengubah sebahagian besar
corak hidup saya pada hari ini.
Saya juga seperti kebanyakan orang lain,
ada turun naik dalam mood ketika melakukan amal ibadat semenjak
disahkan HIV positif. Ada suatu ketika dulu saya terlampau "extreme"
ketika melakukan segala amalan. Yang sunat sudah menjadi seolah-olah
wajib untuk saya lakukan kerana ada perasaan seronok ketika
melakukannya, saya hanya bayangkan hendak mengumpul pahala sebanyak
mungkin seperti mana kita mengumpul duit, sehingga menziarahi orang mati
dan menghantar jenazah kekawasan perkuburan menjadi antara kegemaran
saya kerana tamakkan "kirat" - Jika kita turut solat jenazah saudara kita, maka Allah akan memberikan kita satu kirat pahala dan sekiranya kita menemani
jenazahnya hingga ke kubur kita akan diberi satu lagi kirat pahala. Bermakna dua kirat ini lah yang saya harapkan.
Nota: satu kirat pahala sebesar gunung Uhud. Gunung Uhud itu adalah satu banjaran gunung di Mekah yg panjangnya adalah 7.5 kM.
Sehingga alunan muzik dan TV menjadi satu kesalahan atau terasa berdosa untuk menonton dan mendengar. Surah Yasin menjadi halwa telinga saya samaada ketika menunggang dan juga ketika berjogging di tengah padang malah ketika hendak tidur, CD surah ini akan saya pasang hingga terlena, selagi tidak lena dalam hati akan turut sama membaca mengikut bacaan tersebut.
Pada suatu ketika dulu masjid menjadi
tempat saya melepak. Membaca segala buku diatas rak didalam masjid
menjadi minat saya. Pernah saya berguling-gelantang dilantai masjid
sepanjang hari menghabiskan masa membaca sebuah buku kecil yang agak
tebal yang saya beli sendiri berkenaan Kisah Riwayat Hidup Rasulullah SAW. Sebuah sejarah hidup yang boleh membuatkan air mata kita mengalir tanpa disedari.
Saya akan pergi kemerata masjid disekitar kediaman kawasan tempat tinggal saya untuk berjemaah. Terus terang ada suatu ketika dulu dalam jangka masa yang lama juga saya tidak pernah langsung meninggalkan walau sekali pun solat berjemaah di masjid. Pernah beberapa kali hujan turun amat lebat diwaktu maghrib dan subuh tetapi ianya tidak menghalang diri saya untuk berpayung meredah berjalan kaki kemasjid melalui lorong gelap yang sunyi kemasjid yang terletak dibelakang rumah yang jaraknya kira-kira 100m.
Pernah suatu ketika selesai solat asar saya tidak berganjak dari tempat duduk berzikir memohon berbagai doa dan hajat pada Allah sehingga masuk waktu Maghrib disebuah masjid disini. Hafalan 99 nama Allah sudah ada didalam kepala dan bermain dibibir ketika itu.

Ya, saya tidak nafikan kerana ketika itu
saya telah berkawan rapat dengan seorang pemuda yang lebih muda dari
umur saya dan boleh tahan handsomenya kah kah kah. Kami hanya bertemu
ketika dimasjid bertukar-tukar cerita dan berbual-bual. Bersama-sama
berbuka puasa dimasjid dan bertarawih juga bersama. Saya kagum mendengar
kisah pengalaman beliau menunaikan haji bersama ibunya dan menghabiskan
masa lebih sebulan di Kota Suci Mekah. Saya menjadikan ia contoh, dan
saya juga "jeles" bila melihat ia amat rajin melakukan solat sunat
ketika dimasjid, kerana itu lah saya cuba berlumba melakukan pekara yang
sama dan kalau boleh hendak buat lebih daripada yang ia lakukan.
“Teman
yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat
akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat
gerak-gerinya teringat mati.”
Begini lah ciri-ciri yang saya rasa ada
pada kawan saya ini, melihat wajahnya sahaja buat diri kita rasa tenang
dan seronok untuk bersama dan sekali sekala memang ada rasa rindu (rindu
yang bukan ada kaitan tentang sex okey...) walaupun setiap hari ketika
waktu maghrib kami berjumpa.
Ada ketika solat tahajjud ditengah malam sudah menjadi wajib buat diri saya, kerana saya percaya walaupun masih tidak berpeluang lagi untuk bersolat memohon doa dan mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda ketika melakukannya di depan Kaabah tetapi melakukan solat tahajjud walau sekadar dua rakaat ditengah malam sunyi mampu untuk kita memperolehi pahala yang lebih berganda;

Abu Al Syaikh dan Ibnu Hibban menukilkan dalam kitabnya “al Tsawab” dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda,
“Sembahyang dimasjidku sama nilainya dengan 10,000 sembahyang. Sembahyang di Masjid-al-Haram sama nilainya dengan 100,000 sembahyang. Sembahyang di medan jihad sama nilainya dengan 2 juta sembahyang. Tetapi yang lebih tinggi nilainya daripada semua itu, ialah sembahyang 2 rakaat yang dikerjakan oleh seseorang hamba di tengah malam”
Kerana taksub melakukan tahajjud setiap
malam, pendengaran telinga saya kerap kali mendengar suara azan ditengah
malam, kadang kala bunyi deruan kipas angin juga boleh mengeluarkan
bunyi seolah-olah orang sedang mengazan dan bila dilihat jam ketika itu
masih belum lagi masuk waktu subuh. Kadang-kadang saya bangun kearah
tingkap untuk mendengar adakah suara itu datangnya dari masijd yang pada
ketika itu sekitar pukul dua atau tiga pagi.
Saya percaya dengan bangun malam sejam
sebelum masuk waktu subuh, kita mandi bersihkan diri dan berdiri lakukan
tahajjud dan beberapa solat sunat yang lain boleh membuatkan tubuh
badan kita menjadi segar malah semakin sihat walaupun dalam diri kita
ada virus HIV. Hampir semua solat sunat saya pernah lakukan termasuk
juga solat Tasbih.
Ada ketika saya menjadi ketagih untuk
mendengar ceramah agama dimasjid, pantang dengar ada ceramah atau kuliah
agama saya akan pergi. Pernah tidak tidur malam hanya kerana mendapat
tahu seorang ustaz "feveret" saya yang akan mengajar kuliah subuh satu
ketika dulu. Kuliah harian yang dianjurkan oleh sebuah masjid disini
juga saya hadiri pada setiap petang bersama rakan baik saya itu.
Malam jumaat ketika bukan dalam bulan Ramadhan adalah hari yang paling saya suka untuk ke masjid kerana ada bacaan surah Yassin dan tahlil serta ada makan free.
Tapi itu dulu............
Malam jumaat ketika bukan dalam bulan Ramadhan adalah hari yang paling saya suka untuk ke masjid kerana ada bacaan surah Yassin dan tahlil serta ada makan free.
Tapi itu dulu............
Bulan Ramadhan
Biasanya tiga bulan sebelum masuk bulan
Ramadhan saya sudah mempersiapkan diri, tak nak gaduh-gaduh dengan
orang, tak nak buat dosa dan akan berjemaah setiap waktu di masjid dan
selalu berdoa agar diri ini dipertemukan dengan secebis rahmat ketika
malam lailatul qadar kelak. Tidak minta banyak jika diberi rahmat
lailatul qadar sebesar zarah pun alhamdulillah.
Rutin harian saya ketika dibulan Ramadhan;
Kebiasaannya saya bangun setengah jam awal iaitu sebelum ketika pintu bilik saya diketuk atau handpone saya berdering dengan panggil mak yang ketika itu sudah ada didapur untuk bersahur. Sebaik bangun saya buat sedikit "excersice" kebiasaanya saya lakukan 100 kali push-up dan 30 angkat besi (dumb bell) dan seterusnya mengambil air sembahyang, kemudian lakukan solat tahajjud dua rakaat dan jika ada mood saya lakukan solat sunat yang lain, ini bergantung kepada masa yang saya ada ketika itu, jika awal bangun lebih banyaklah sunat yang boleh saya lakukan. Kemudian saya akan turun ke dapur dan bersahur. Saya tidak makan banyak cuma sedikit nasi dan makan apa sahaja yang terhidang. "Arca buah" gerenti ada diatas meja ketika bersahur.

Setelah selesai bersahur, saya mandi dan
keluar ke masjid untuk solat subuh berjamaah. Saya pastikan tiba awal
kemasjid untuk buat solat sunat, jika boleh solat hajat juga saya
lakukan sebelum azan berkumandang. Kembali kerumah, saya akan "membuta"
diatas katil dan biasanya akan terjaga pada pukul 10 pagi untuk menelan
ubatan HAART. Saya menelan ubatan dengan seteguk air. Puasa saya
walaupun telah terbatal tetapi saya masih meneruskan puasa seperti biasa
sehingga waktu berbuka. Solat Dhuha dua rakaat juga saya sempurnakan.
Saya biasa berbuka puasa disebuah masjid
yang terletak agak jauh dari rumah, saya kesana hanya menunggang.
Berbuka beramai-ramai memang rasa seronok. Kebiasaannya setengah jam
sebelum waktu berbuka ketika semua telah berkumpul bersila dihadapan
hidangan, bacaan tahlil akan kami baca beramai-ramai untuk disedekahkan
pada ahli keluarga yang telah meninggal dunia atas permintaan mereka
yang bersedekahkan "moreh" pada hari itu. Masa ini lah "part" yang
paling saya suka kerana, bertahlil.
Setelah kenyang barulah solat Maghrib akan dilaksanakan, selesai solat Maghrib saya akan pulang kerumah dan bersedia untuk kemasjid dibelakang rumah pula untuk solat Isyak dan bertarawih. Kebiasaannya saya melakukan hanya 8 rakaat (tarawih) sahaja. Balik kerumah saya tengok TV lah.....

Paling seronok ialah 10 malam terakhir
dibulan Ramadhan, hari yang paling saya tunggu-tunggu. Kebiasaannya
apabila masuk hari ke 20 dalam bulan Ramadhan setelah selesai solat
Tarawih saya akan rest atau cuba lelapkan mata sebentar dirumah, lebih
kurang antara pukul 12.30 malam hingga pukul 2 pagi saya akan menunggang
kesebuah masjid yang lebih besar yang terletak kita-kira 1 setengah
kilometer dari rumah untuk berikhtikaf sepanjang malam selama 10 hari
diakhir bulan Ramadhan.
So, beramal lah sebanyak mungkin ketika 10 malam akhir ini, yang pasti solat hajat, taubat dan solat sunat Tasbih pasti saya buat, membaca al-Quran adalah satu kelemahan besar buat diri saya tetapi ianya tidak menghalang saya dari terus membaca apa sahaja surah yang saya ingat dan hafal termasuk Surah Yasin yang mesti dibaca pada setiap malam, selain berterusan berzikir dimana-mana sudut gelap didalam masjid. Bersahur dimasjid pada 10 hari terakhir sudah menjadi kebiasaan buat saya. Setelah selesai solat suboh saya akan kembali kerumah dan menyambung "membuta"......

Rutin ini memang saya lakukan setiap
tahun dan insyaallah akan saya praktikkannya lagi dibulan Ramadhan yang
akan datang tidak lama lagi.
Walau bagaimanapun kebanyakan aktiviti seperti yang saya ceritakan diatas ini sudah tidak lagi saya praktikkan pada hari ini (kecuali amalan dalam bulan Ramadhan tu).
Terasa susah hendak mengamalkan sesuatu yang baik itu berterusankan
sehingga keluar dari bulan Ramadhan. Mendengar ceramah agama sudah lama
saya tinggalkan ini kerana semakin bosan apabila disogok serta
diselitkan dengan ceramah yang bukan-bukan (politik). Solat tahajjud
juga semakin kurang saya lakukan cuma masih rajin bersolat Dhuha.
Tidak ada lagi kedengaran bunyi suara azan disebalik deruan angin kipas. Kencing syaitan juga melempah rauh ditelinga saya hari ini sehingga kerap terlajak waktu solat suboh. Rakan rapat saya ketika dimasjid juga sudah jarang saya bertemu kerana ia kurang menghadirkan diri dimasjid dibelakang rumah setelah berkahwin dan menimang cahaya mata. Saya juga kurang menghadirkan diri solat berjamaah dimasjid belakang rumah kecuali untuk solat Jumaat sahaja.
Kuliah agama setiap petang sudah lama saya tinggalkan dan 99 nama Allah sudah kembali bercelaru dalam fikiran saya, hanya surah Yasin masih menebal didalam kepala ini sehingga kehari ini. Alunan muzik didalam handphone semakin bertambah terbaru telinga kerap mendengar suara dari lagu Rolling In The Deep - Adele, walau bagaimananpun surah Yasin masih menjadi keutamaan.

Saya tidak sempurna dan tidak sebaik mana;
Godaan syaitan semakin kuat datang menghasut, seorang rakan pengamal maksiat tegar tiba-tiba kembali berhubung, hendak "tak nak" terpaksa saya melayan berbual dengannya dan kami kerap juga berjumpa berbual dan topik yang dibualkan lebih kepada pekara yang "lucah". Rakan saya ini sekitar 30an, ya saya mengaku pernah terlajak dengannya dulu, ibunya seorang muallaf cina dan sudah tentu ia seorang yang berwajah menarik dan langsung tidak nampak ciri-ciri "bengkok". Mirip wajah pelakun Gambit.
Berbual dengannya sempat juga saya selitkan persoalan berkaitan bahayanya HIV/AIDS dan STD dalam masa yang sama ia tidak tahu akan status saya ketika ini. Semakin berkawan dengannya seperti yang saya katakan godaan syaitan menghasut semakin dasyat, walaupun lajaknya tidak jauh tetapi secepat kilat saya akan memohon ampun dari Allah. Alhamdulillah saya masih dapat mengawal dari terjebak keperingkat yang lebih teruk. Mungkin berkat doa berterusan saya yang tidak henti-henti kepada Allah agar lindungi serta kuatkan iman dalam hati ini. Dimasa hadapan wallahuallam, mudah-mudahan saya terus dilindungi olehNya.

Saya pada hari ini tidak sebaik mana
pun. Jika hendak berkawan bukan orang jenis seperti saya. Pilih kawan
yang boleh membawa kita kesyurga bukan kawan yang berpotensi membawa
kita keneraka. Saya hanya melakukan solat dirumah sahaja dan sudah lama
tidak melakukannya dimasjid dan tidak lagi seperti dulu.
Walau bagaimanapun kedatangan Ramadhan tahun ini insyaallah saya akan cuba meneruskan rutin seperti yang pernah saya lakukan dibulan Ramadhan seperti tahun-tahun yang lalu itu, paling penting sehingga kini saya masih tetap berdoa supaya amalan baik yang saya buat itu biar lah berterusan bukan hanya dibuat dalam bulan Ramadhan sahaja. Kadang-kadang malu juga kerana kita ni hanya beria-ia beramal ibadat ketika dalam bulan Ramadhan sahaja. Malu sendiri kepada Allahkan.

Banyak
kerosakan tubuh badan yang telah saya lakukan kepada diri ini semoga
Ramadhan kali ini akan membuka satu lambaran baru yang lebih baik
daripada yang lalu dan supaya dapat saya memperkukuhkan dan
mamperkuatkan iman dan hati ini dalam melawan segala hasutan syaitan
yang direjam itu dan semoga hidup ini selamat didunia dan diakhirat.
Insyaallah saya ingin kembali mengasah minda menghafal 99 nama Allah yang sebenarnya mudah dihafal itu tetapi semakin saya lupa. Dan akan cuba menghabiskan masa kembali dengan menbaca kisah riwayat Rasullulah SAW sekali lagi. Al-Quran?... walau merangkak-rangkak sekali pun, insyaallah akan saya cuba menyelak semula.......insyaallah

Selamat meyambut bulan Ramadhan 1433H
kepada anda semua, semoga kita semua dapat memperbanyakkan amalan
kebaikan didalam bulan yang mulia ini. Dan sentiasa dirahmati Allah SWT.
0 comments:
Post a Comment