Tuesday, July 24, 2012

Basahkan Gusi Dengan Lawak Jenaka Ini..^^





1)polis dan perompak

Seorang perompak yang baru merompak sebuah bank telah ditangkap oleh pihak polis.

Polis: Jangan bergerak!!!!

Perompak: ok...ok...

Polis: Angkat tangan!!!!!


Perompak: Kan tak boleh bergerak..macam mana nak angkat tangan?

Polis: @#$%&!*(bengang)


2)muntah

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.

"Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,

"Boleh nek, tapi kenapa?"Si nenek menjawab,

"Biar muntahnya lebih cepat."


3)pak pandir barah otak

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.


Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL BUSUK