Sunday, April 8, 2012

Permainan video terbesar di dunia

LONDON - Alat kawalan permainan video terbesar dunia bersaiz 30 kali besar dari joypad biasa yang dipamerkan di Stesen St. Liverpool, London, menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness edisi permainan, baru-baru ini.
Rekaan bombastik pelajar kejuruteraan Universiti Teknologi Delft, Netherland, sebenarnya boleh digunakan dan bukan sekadar perhiasan.

Alat kawalan permainan video itu mempunyai fungsi peranti sepenuhnya, dan jika mahu menggunakannya seperti alat kawalan biasa pengguna perlu mempunyai ketinggian 51 meter bersamaan ketinggian mercu tanda ‘London Column Nelson’.

Salah seorang dariipada tiga pelajar, Ben Allen, 23, yang membina peranti sebagai salah sebuah projek universiti mereka memberitahu, mereka begitu mengharapkan peranti Sistem Hiburan Nintendo (NES) yang dicipta menerima penghormatan.

“Kami bergabung idea dalam sebuah kelab dan membuat keputusan menghasilkan ciptaan yang tidak munasabah ini dalam versi besar.

Alat kawalan vidoe atau joypad berukuran 366 sentimeter (cm) x 159cm, dengan seberat 120 kilogram (kg) itu, mengambil masa hampir lima bulan untuk disiapkan dengan kos pembinaan 4,000 pound (RM19,341).

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL BUSUK