Friday, April 6, 2012

Maxis Cloud paling canggih di Malaysia

Akses mudah kepada Maxis Cloud, dan penyelesaian perisian yang lebih baik, untuk pengurusan perniagaan yang fleksibel Maxis Berhad telah melancarkan Maxis Cloud, yang merupakan perkhidmatan awan yang paling canggih, masa nyata dan diuruskan sepenuhnya, dimana para pelanggannya dapat mengakses melalui rangkaian tulang belakang optic 100 gigabit setiap saat (100G) dan rangkaian HSBB Telekom Malaysia. Maxis turut bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan utama seperti MDeC,bagi mempromosikan penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan oleh Penjual Perisian Bebas (ISVs). Ini dapat membangunkan rangka kerja dan standard bagi pembangunan keseluruhan untuk industri awan Malaysia sebagai platform untuk amalan ICT yang bertaraf dunia. Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Perniagaan Maxis, Fitri Abdullah berkata, “Pelancaran Maxis Cloud pada hari ini direka untuk membolehkan penyelesaian IT yang lebih baik dan memberi sokongan kepada pertumbuhan keperluan perniagaan di Malaysia. Kerjasama yang melibatkan Hewlett Packard juga akan terus mempercepatkan penggunaan teknologi awan oleh penjual perisian dan perniagaan, dan membuka jalan untuk pelbagai penyelesaian awan bergred perniagaan disediakan kepada perniagaan di Malaysia. Menurut Ramaswami Venkatesan, Pengurus Besar Negara, Perkhidmatan Teknologi, Hewlett Packard “Pengintegrasian komponen terkini, teknologi dan perkhidmatan Maxis Cloud, dari asas kukuh penyelesaian teknologi melalui rangkaian canggih, membolehkan penawaran terkini IaaS sebagai perkhidmatan awan yang paling canggih, selamat dan mesra untuk pengguna di Malaysia. Maxis Cloud boleh diakses melalui penyelesaian hubungan perniagaan termasuklah Perniagaan Internet Fiber Maxis yang baru, yang menyediakan perusahaan dengan kelajuan muat turun sehingga 32MB. Ia juga terdapat dalam pakej pilihan yang mempunyai kelajuan 4Mbps, 8Mbps dan 16Mbps. Maxis dapat menangani keperluan jalur lebar yang semakin meningkat dan penggunaan data yang didorong oleh telefon pintar, tablet, modem dan perkhidmatan fiber-ke-premis, sementara menyediakan sambungan berkelajuan tinggi dan keupayaan pemulihan automatik kepada perusahaan untuk pusat data dan perkhidmatan seperti perkomputeran awan dan komunikasi mesin ke mesin (M2M). Tambahan pula, melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia, Maxis dapat menawarkan perkhidmatan dalam semua kawasan liputan HSBB di seluruh Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL BUSUK