Friday, August 10, 2012

Pastikan Perisian Dipasang Adalah Versi Terkini Dengan Patch My PC

Memastikan perisian dan komponen yang dipasang pada PC adalah versi yang terkini merupakan tugasan yang sukar dimana kebanyakkan darinya tidak disertakan fungsi kemaskini secara automatik dan memerlukan para pengguna memeriksa laman muat turun atau laman vendor masing-masing. Namun tugasan yang sukar ini dapat dipermudahkan dengan bantuan Patch My PC.

Patch My PC adalah merupakan utiliti mudah alih yang boleh dipercayai bagi memastikan perisian dan komponen yang dipasang pada PC anda adalah versi terkini. Ia menyokong pemeriksaan kemaskini dan muat turun bagi berberapa komponen dan puluhan perisian popular seperti Flash Player,Shockwave, Java, Quicktime, CCleaner, Defraggler, Dropbox, Real Player dan juga Google Chrome.

Pengendaliannya adalah mudah dimana pemeriksaan kemaskini dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu Critical dan Optional. Pada bahagian Critical, dinyatakan kemaskini bagi komponen yang penting sahaja manakala pada bahagian Optional pula, pengguna diberi pilihan untuk memeriksa kemaskini perisian yang diinginkan. Seterusnya cuma perlu  klik butang “Run Common and Checked Optional Update“, kemudian tunggu proses muat turun dan pemasangan sehingga selesai.
Tutorial Patch My PC
Patch My PC menyokong sistem operasi Windows XP, Vista dan juga 7
[down] Muat turun PatchMyPC [/down]

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL BUSUK