Memastikan perisian dan komponen yang
dipasang pada PC adalah versi yang terkini merupakan tugasan yang sukar
dimana kebanyakkan darinya tidak disertakan fungsi kemaskini secara
automatik dan memerlukan para pengguna memeriksa laman muat turun atau
laman vendor masing-masing. Namun tugasan yang sukar ini dapat
dipermudahkan dengan bantuan Patch My PC.
Patch My PC adalah
merupakan utiliti mudah alih yang boleh dipercayai bagi memastikan
perisian dan komponen yang dipasang pada PC anda adalah versi terkini.
Ia menyokong pemeriksaan kemaskini dan muat turun bagi berberapa
komponen dan puluhan perisian popular seperti Flash Player,Shockwave,
Java, Quicktime, CCleaner, Defraggler, Dropbox, Real Player dan juga
Google Chrome.
Pengendaliannya adalah mudah dimana pemeriksaan kemaskini dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu Critical dan Optional. Pada bahagian Critical, dinyatakan kemaskini bagi komponen yang penting sahaja manakala pada bahagian Optional pula, pengguna diberi pilihan untuk memeriksa kemaskini perisian yang diinginkan. Seterusnya cuma perlu klik butang “Run Common and Checked Optional Update“, kemudian tunggu proses muat turun dan pemasangan sehingga selesai.
Tutorial Patch My PC
Patch My PC menyokong sistem operasi Windows XP, Vista dan juga 7[down] Muat turun PatchMyPC [/down]
0 comments:
Post a Comment