Thursday, July 19, 2012

LAGI KELUHAN DERITA ISTERI YANG BERSUAMIKAN SEORANG GAY

Dibawah entry saya yang bertajuk “BERJUTA WANITA BERKAHWIN DENGAN LELAKI GAY” yang lalu seorang isteri yang menamakan dirinya “wannaBwise” telah meninggalkan komen nasihat yang saya rasa baik untuk renungan dan diambil ikhtibar buat para suami gay mahupun isteri yang punya suami gay diluar sana.

Setelah bernikah lebih 17 tahun baru terbongkar segala rahsia - gambar hiasan
Beliau telah meluahkan rasa kecewa dihati beliau setelah mengetahui bahawa suaminya adalah seorang gay setelah 17 tahun bersama. Saya katakan suaminya gay dan bukan bisexual kerana naluri suaminya lebih menjurus kearah sex sejenis, jika ia seorang pengamal bisexual tentu suaminya itu masih punya keghairahan bila isteri datang minta dibelai dan dimanja. Bisexual dalam kefahaman saya ialah seorang yang boleh terangsang dan ghairah terhadap kedua-dua jenis jantina. Walaupun perkahwinan wannaBwise telah dikurniakan dengan 3 cahayamata, bagi saya itu tidak bermakna suaminya itu seorang bisexual kerana sang suami tidak menunjukkan ciri-ciri yang ia menyukai seorang wanita yang bernama isteri.
Pandangan saya; Saya percaya malah ramai para gay diluar sana yang kebanyakannya dikalangan kami mempunyai hati untuk berkahwin (terpaksa) dan pejam mata ketika bersama isteri (terpaksa) semata-mata untuk dapatkan seorang dua anak bagi menutup mulut kaum keluarga yang sentiasa mendesak menyuruh untuk berkahwin selain menutup malu takut ditertawakan kerana faktor umur yang sudah lanjut. Kemudian mereka ini akan cari jalan untuk bercerai dan akan menduda sepanjang hayat. Title duda pada saya lebih bagus dipegang malah dalam status Facebook yang saya miliki pun saya letak perkataan duda, jika tidak akan bertali arus kawan-kawan lama sekolah walaupun tidak pernah berjumpa akan bertanya bila kahwin, berapa anak dan sebagainya. Hanya setelah saya letak status duda, semua senyap.

Tekanan dalam jiwa golongan songsang - kita kena beralih kepada Yang Maha Pencipta
Okey berbalik kisan wannaBwise, selama 17 tahun beliau bersama dan langsung tidak dilayani sempurna sebagai layaknya sebagai seorang yang bernama isteri dari suami malah ia sendiri tidak mengesyaki akan naluri suaminya itu cuma ada rasa pelik sahaja, sehinggalah ia akhirnya mendapat tahu tentang status sebenar suaminya itu. Walaupun telah tahu yang suaminya gay, demi anak-anak beliau masih tetap mahu hidup bersama dengan suami gay nya itu, malah cara wnnaBwise menghadapi situasi yang berlaku dalam hidup beliau amat saya kagum. Bagi kita semua apabila membaca coretan dan keluhan wannaBwise dibawah ini mungkin nampak senang akan segala tindakan yang telah diambil olehnya itu tetapi bak kata pepatah;

“berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”.
Buat wannaBwise semoga anda dan anak-anak akan sentiasa tabah menghadapi hari depan dan tidak lupa doa dari kami semua yang membaca keluhan wannaBwise ini juga berdoa agar suami gay puan akan kembali menyayangi puan dan paling tidak doa saya agar suami puan walaupun nalurinya tetap tegar pada kaum sejenis tetapi ia dapat mengawal dan tidak melakukan aktiviti berisiko diluar, insyaallah.
Saya faham juga apa yang sedang dialami oleh suami puan, nafsu dan godaan syaitan sentiasa datang bertali arus. Bagi diri saya jika kita tidak keluar mencari “keseronokan”, maka “keseronokan” itu akan datang mencari kita, ianya akan berlaku secara sepontan dan boleh terjadi dimana-mana sahaja maybe akan terserempak disekitar shopping mall, pejabat, tempat letak kereta, kedai mamak dan dimana-mana sahaja semuanya diarah digoda ditunjukkan jalan oleh syaitan laknatullah mempengaruhi semua hati-hati para gay yang kebanyakannya lemah. 

Seperti kata wannaBwise kita kena berbalik kepada Allah, balik kepada yang pencipta dan bermuhasabah diri fikir kenapa diri kita dihidupkan didunia sementara ini. Rasanya tidak ramai yang kuat seperti wannaBwise walaupun ramai yang pernah mengalami situasi seperti wannaBwise hadapi. Allah tidak memberi dugaan, kesengsaraan atau pun sakit melainkan segalanya  itu (Allah tahu) ianya mampu ditanggung oleh insan tersebut. Wallahuallam


Dibawah keluhan Puan WannaBwise (dengan sedikit pembetulan perkataan bahasa)
Keluhan 1;
Assalam,
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan pandangan tentang isu yg jarang mendapat pendedahan yg tulus dari orang yg berada dalam situasi ini. Saya adalah seorang isteri yang berkahwin dengan seorang lelaki gay yang saya ketahui dengan sahih tentang aktiviti gaynya setelah mencapai 17 tahun usia perkahwinan.
Puan wannaBwise diluar mungkin nampak happy tapi didalam hati tuhan yang tahu - Gambar hiasan
Namun perkahwinan ini, Alhamdulillah telah dikurniakan 3 orang anak lelaki yang kini sudah meningkat remaja.  Jiwa ni begitu pedih dan terseksa sepanjang perkahwinan kerana tidak merasa diri ini dilayan sebagai seorang isteri, tidak boleh bermanja, berpegangan tangan, berbisik mesra atau apa-apa sahaja yang seorang isteri akan lakukan pada suami tersayang atau apa-apa yang seorang isteri dambarkan dari seorang suami. Kami dilihat sebagai pasangan suami isteri yang ideal, sebab kami amat akrab tetapi hakikat sebenarnya hanya sebagai sahabat baik.
Saya diperlukan oleh suami sebagai orang yg sentiasa menyokong dan pemberi perangsang bila dia tidak berkeyakinan. Namun, jiwa saya tertekan sebenarnya kerana saya adalah seorang yang berjiwa romantik dan suka kan sentuhan dan belaian yang tidak mungkin saya perolehi dari suami saya. Saya faham suami saya juga menderita kerana nalurinya tertahan. Oleh itu saya juga berterima kasih kepadanya kerana telah memberikan saya 3 orang anak yg tampan, bijak dan pandai.  Alhamdulillah, anak-anak inilah kebahagian sebenar buat diri saya. Saya cuba mendidik mereka untuk tidak menjadi songsang dengan membekalkan mereka dengan ilmu agama yang tinggi. Quran adalah sahabat mereka yang paling akrab kini. 

Alhamdulillah. 


Jiwa yang terseksa ini, saya pujuk dengan menganggap ini adalah dugaan Allah keatas saya dan menerima suami saya sebagai “hadiah” terbaik dari Allah dan meyakini bahawa dialah suami yang
 terbaik untuk saya, yang Allah mahu saya pelajari sesuatu dari dirinya atau sesuatu melalui perkahwinan ini, dan saya juga menganggap kehidupan dunia yang sementara ini adalah ujian yang saya perlu lulus untuk kebahagiaan hakiki di akhirat kelak. Jadi saya dapat memujuk naluri ini yang inginkan belaian manja dan pelukan hangat suami dengan kepercayaan saya hanya kepada qada dan qadar Allah 100 peratus dan ia adalah rukun iman yang ke 6, so wajib saya percayai.

Sebagai seorang isteri, saya sentiasa memohon pada Allah agar melindungi suami dari melakukan maksiat, agar Allah memantapkan imannya, semoga beliau menjadi suami dan bapa yang soleh. Saya juga memohon agar Allah sentiasa mengikat hubungan kami dengan ikatan kasih sayang yang sukar untuk diputuskan kecuali ajal dan memohon supaya Allah menguatkan iman saya agar tidak terpikat dgn lelaki lain yang cuba untuk memikat saya.
Tazkirah yang saya buat untuk anak-anak saya pada setiap malam Jumaat adalah secara tidak langsung juga untuk membentuk suami  saya,  kerana sebagai isteri saya tahu saya tidak boleh mengajar suami untuk berubah dan itu adalah mustahil. Apa yg saya mampu buat hanyalah berdoa dan saya yakin dengan kuasa doa. Dalam konteks ini, hanya kuasa Allah sahaja yg dapat mengubah segalanya. Meletak Allah nombor  satu.

Berdoa memohon kepada Allah

Jadi nasihat saya pada mereka yang gay dan sudah beristeri juga  kepada isteri yang mempunyai suami gay, supaya sentiasa mencari keredhaan Allah dan menahan nafsu dengan meletakkan bahawa nikmat dunia adalah sedikit dan sementara, so kejarlah nikmat akhirat. Di dunia kita mungkin tidak dapat kecapi nikmat berkasih sayang tetapi sekiranya kita redha maka nikmat di syurga adalah milik kita insyaallah dan ia adalah kekal dan nikmatnya berlipat kali ganda serta berpanjangan..….so jadi orang yang wise yang mencari nikmat dan kebahagiaan hakiki... Untuk dapat kekuatan iman, ia perlu dipupuk dengan membanyakkan membaca alQuran, menghadiri ceramah agama, sentiasa mendampingi orang orang soleh, mendengar hanya yang baik (radio IKIM yg terbaik) dan lidah yang sentiasa tidak putus berzikir kepada Allah…...insyaAllah, syaitan yang sentiasa ingin menggoda akan menjadi lemah dan nafsu kita juga akan lemah juga. Jauhi diri kita dari segala punca maksiat.
InsyaAllah.. ……….wallahu'alam
oleh wannaBwise


 
Keluhan 2;
Naj Mi, terima kasih kerana sokongan saudara. sepanjang 17 tahun berkahwin, saya cuma berasa pelik tetapi tidak mengesyaki apa-apa tetapi kerana kedhaifan dan kesabaran saya, Allah tunjukkan kebenarannya apabila Allah tahu saya telah bersedia menerima berita tersebut dan dapat menanganinya. Sudah tentu berita itu mengejutkan (menggetar semua tubuh) tetapi ketika itu, apa yang saya fikir ialah,


"aku pastinya telah berbuat dosa besar hingga aku diduga dengan sesuatu yg amat berat".

So saya buat solat taubat pada Allah pertama kali saya mendapat tahu...saya banyak buat muhasabah diri dan berterusan membaca Quran untuk mencari petunjuk. Dari kacamata saya, apa yg berlaku ini adalah kerana Allah menyayangi suami saya dan terlalu banyak jalan kebenaran yg Allah tunjukkan padanya dan dia masih ada peluang untuk pilih syurga atau neraka kerana hayat masih dikandung badan semua ini menampakkan pada diri saya bahawa dunia ini adalah dugaan Allah semata-mata dan akhiratlah tempat hakiki yg perlu kita kecapi,
Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana dikurniakan suami yang dengan tidak secara langsung mendekatkan diri saya pada Allah dan memperlihatkan saya tentang pentingnya kejar akhirat, Ia juga mengajar saya bagaimana untuk redha...

Saudara Naj Mi yg dikasihi Allah, saya izinkan saudara share sekiranya ia boleh membantu. saya juga akan sentiasa mendoakan saudara dan suami gay diluar sana supaya sentiasa diberi kekuatan utk beristiqomah dalam mencari keredhaan Allah dan memantapkan iman. Sabarlah dan sabar itu adalah SEPARUH iman.. wallahu'alam
oleh wannaBwise
Teringat saya satu ketika dulu dalam perjalanan pulang semasa kembara ketika termenung keluar tingkap didalam bas yang sedang menuju keselatan di Wilayah Yunnan, terlintas dikepala saya ketika itu, bila balik nanti aku rasa nak kahwin, lepas tu cerai lah… hahaha itu fikiran saya dulu yang tidak pernah fikir sesuatu pekara itu samaada baik atau tidak disisi Allah swt. Syukur segalanya tidak menjadi dan syukur kerana saya dikurniakan HIV dalam darah ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL BUSUK